seismik

Lelaki Kongsi Bagaimana Cara Untuk Menghasilkan 'Minyak Dagu' Ini Buat Ramai Terkejut

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara syirik.

Cover image via @fadli.maliki (TikTok) & Bomoh Siam Kedah

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sihir merupakan salah satu di antara dosa syirik yang memberi keburukan besar kepada masyarakat

Ia juga merupakan dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah S.W.T melainkan dengan taubat nasuha.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang mendedahkan cara-cara untuk menghasilkan minyak dagu telah membuat ramai terkejut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dedah cara hasilkan minyak dagu, hanya mayat terpilih sahaja

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fadli.maliki di TikTok, lelaki berkenaan mendedahkan cara-cara menghasilkan minyak dagu yang haram di sisi Islam.

Untuk pengetahuan semua, minyak dagu adalah salah satu alat sihir yang digunakan untuk memikat hati seseorang yang dicintai dengan menggunakan cara salah.

Malah, cara penghasilannya agak aneh kerana mereka perlu membakar dagu mayat yang terpilih dengan menggunakan lilin berwarna kuning.

"Daripada cerita orang-orang tua, minyak dagu ni digunakan untuk memikat" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 567.7K tontonan, 29.2K tanda suka dan 285 komen di TikTok.

Rata-rata netizen masih ramai yang tidak tahu kegunaan minyak itu. Malah, ada juga yang terkejut dengan cara penghasilan minyak sihir tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seramnya, semoga kita semua dijauhkan daripada ancaman syirik seperti ini :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: