"Tengking, Tinggikan Suara, Mencarut Itu Perkara Biasa", Lelaki Kongsi Kisah Derhakai Ibu
Kita jangan bersikap umpama kacang lupakan kulit terhadap ibu kita.
Ibu diumpamakan seperti malaikat dari syurga yang dihantar oleh Allah S.W.T untuk menjaga, mendidik, dan membimbing anak-anaknya agar kemudian menjadi manusia yang berguna
Sangatlah biadap sekiranya kita sebagai anak menyakitkan hati ibu kita yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan, mempertaruhkan nyawa demi melahirkan kita di dunia ini.
Kasihnya seorang ibu kepada anak tiada batas dan hadnya. Itulah sebabnya kita sering mendengar kata-kata ‘syurga itu dibawah tapak kaki ibu'. Maka tidak hairanlah jika kedudukan seorang ibu dilihat lebih mulia daripada bapa.
Mengecilkan hati ibu bahkan bercakap kasar dan biadap terhadap ibu juga seolah-olah kita telah memutuskan silaturrahim dengannya dan tindakan itu merupakan tindakan derhaka yang tidak terperi.
Seorang pengguna Twitter @luqman_kaka telah berkongsikan satu kisah tentang hubungan seorang sahabat baik dengan ibunya
Kisah yang diceritakan dalam bentuk bebenang atau thread itu berjaya menyentuh hati dan menginsafkan pengguna Twitter yang lain.
Kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja bahkan selagi mereka ada, kita perlulah menghargai jasa mereka. Kelak kita juga akan menyesal.