Lelaki Maut Dibelasah Di Tampin Kerana Curi Kasut Adidas ‘Bundle’ Bernilai RM200

Kerana mencuri, maut padahnya.

  • Cover image via SAYS

Sabtu lepas, seorang pemuda telah dipukul hingga maut kerana disyaki mencuri sepasang kasut Adidas

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati di Jalan Merlin, Tampin pada Sabtu pagi lepas. Pemuda itu dipercayai telah dipukul hingga maut oleh sekumpulan pemuda.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata mengikut siasatan mangsa dibunuh kerana dipercayai telah mencuri sepasang kasut sukan berjenama Adidas dari sebuah kedai bundle di kawasan berkenaan.

Mengikut laporan, kasut yang dicuri itu bernilai sebanyak RM200

Image via Kosmo!

"Pada 4.45 pagi tadi, semasa pengadu iaitu abang mangsa melalui Jalan Batu Satu Seremban, Tampin dari arah Seremban, pengadu terserempak dengan sekumpulan orang ramai di tepi jalan, pengadu telah berhentikan kenderaan dan mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan," jelas Hamazah.

Pengadu mendapati bahawa mangsa yang terdampar di jalanraya itu merupakan adik lelakinya sendiri dan membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan. Tiba saja di hospital, doktor telah mengesahkan bahawa adiknya telah meninggal dunia.

Sekumpulan pemuda itu telah berjaya ditahan oleh pihak polis untuk soal siasat

Image via Astro Awani

Empat orang pemuda telah ditahan kerana disyaki telah memukul mangsa sehingga maut. Yang paling mengejutkan ialah salah seorang daripada mereka merupakan abang kandung kepada mangsa sendiri.

"Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki berusia 30 hingga 34 tahun iaitu pemilik kedai, dua pekerja kedai termasuk abang mangsa sendiri. Abang mangsa turut ditahan berikutan terdapat saksi polis nampak dia turut menendang mangsa," jelas Hamazah.

Walau bagaimanapun, Hamazah berkata siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian serta suspek sebenar yang memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian ini.

Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Tiada rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut tetapi siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment