seismik

Lelaki Saman Pihak Hospital, Awalnya Sebab Sakit Apendiks Tetapi Akhirnya Hilang 2 Kaki

Difahamkan, dia dimasukkan ke hospital akibat masalah apendiks.

Cover image via Kosmo & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat kecuaian doktor bedah sebuah hospital swasta terkemuka

Akibat daripada kecuaian itu, Isman Ibrahim, 41, telah memfailkan saman terhadap hospital berkenaan di Mahkamah Tinggi kerana menyebabkannya kehilangan kedua-dua kaki, lima tahun yang lalu.

Difahamkan, dia telah dimasukkan ke hospital akibat daripada masalah apendiks. Namun, proses pembedahan tidak berjalan dengan lancar mengakibatkan dia kehilangan kedua kakinya.

"Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang. Prosedur pembedahan tidak berjalan dengan baik apabila doktor menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki menjadi hitam atau gangren.

"Hospital itu kemudian memindahkan saya ke hospital swasta lain. Pemeriksaan lanjut menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa," katanya kepada Berita Harian.

Image via Berita Harian

Turut menderita sakit saraf setiap dua hari

Pemotongan kedua-dua kaki dibuat hingga paras paha, selain perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah.

Menurutnya, semasa kejadian itu berlaku, isterinya sedang mengandung anak keempat mereka.

Malah, selama 10 hari dia terpaksa sorokkan nasib yang menimpa daripada tiga anaknya yang lain sebelum mereka menangis melihat keadaan terbaharunya.

Selain terpaksa dipotong kaki, lelaki itu memberitahu, kecuaian pakar bedah hospital berkenaan menyebabkannya menderita sakit saraf teruk setiap dua hari.

"Tidur saya tidak lagi lena sejak lima tahun lalu. Setiap dua hari bermula jam 2 pagi saya akan mengalami kesakitan serta ada bahagian badan terganggu dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat.

"Saya nekad bawa kes ini ke mahkamah untuk menunjukkan dan membongkar isu kecuaian pihak hospital. Saya pasti banyak kes didiamkan dan berharap mereka yang senasib tampil ke depan," katanya.

Peguam bela Isman, Firhat Muhd Fikri Isman, memaklumkan prosiding terbabit sepatutnya untuk perbicaraan, namun pihaknya akan memfailkan semula tuntutan saman seperti dipersetujui anak guam.

"Tuntutan saman awal adalah RM55 juta dan pemfailan semula bagi memastikan kebajikan anak guam terjamin termasuk mendapatkan kos sebenar bagi kaki palsu.

"Kita mahu anak guam menjalani kehidupan seperti biasa. Pemfailan semula tuntutan akan dibuat dalam tempoh sebulan ini," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: