Lelaki Terkejut Akaun Bank Tiba-Tiba Dimasukkan RM1 Bilion, Rupanya Kesilapan Transaksi

Merasalah jadi orang kaya kejap.

Cover ImageCover image via Threads & ChatGPT

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan membuka aplikasi perbankan seperti biasa, tetapi tiba-tiba mendapati akaun sendiri menerima wang berjumlah lebih RM1 bilion

Itulah pengalaman mengejutkan yang dialami seorang lelaki selepas wang dalam jumlah luar biasa dikreditkan ke akaun bank miliknya.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki dikenali sebagai Wan Mohd Fairuz Wza itu memuat naik resit transaksi yang menunjukkan kemasukan wang sebanyak RM1,000,315,879 ke akaunnya.

Transaksi berkenaan direkodkan sebagai ganjaran wang tunai bagi promosi dan kempen untuk kitaran keenam.

Terkejut melihat jumlah berkenaan, dia segera menghubungi pihak bank bagi memaklumkan mengenai kemasukan wang yang tidak dijangka itu.

"Aeon Bank duit apa tok? Bergegar nyawa duit dalam akaun banyak gilak gia," katanya.

SAYS.com
Image via Threads

Menjawab pertanyaan pengguna media sosial, Fairuz memaklumkan wang itu masuk sekitar jam 10.36 pagi sebelum dia membuka aplikasi perbankan kira-kira jam 11 pagi

"Duit masuk dalam pukul 10.36 pagi, kamek (saya) buka (akaun) bank pukul 11 pagi. Lebih sejam terus telefon sidak (mereka) bank.

"Sekurang-kurang merasa juak (juga) duit dalam bank RM1 bilion walaupun kejap,"
katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Threads, Hilmanhazim turut berkongsi pengalaman hampir sama selepas menerima wang berjumlah RM1,000,445,220 menerusi bank yang sama.

Resit yang dikongsikannya menunjukkan transaksi berkenaan berkaitan kempen untuk kitaran kelima.

Dia turut berseloroh bahawa pihak bank tersalah memindahkan wang berkenaan.

Menurut perkongsian Fairuz, kejadian itu dipercayai berpunca daripada gangguan sistem bank sehingga akaunnya disekat sementara dan boleh digunakan semula dalam tempoh 24 jam.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada pengguna media sosial yang membayangkan pengalaman menjadi bilionair, walaupun hanya untuk

Ada yang berseloroh mahu memeriksa akaun bank masing-masing dengan harapan menerima jumlah wang yang sama, manakala sebahagian yang lain membayangkan kisah itu boleh diceritakan kepada anak cucu pada masa hadapan.

Walaupun kejadian tersebut mencuit hati ramai, tindakan Fairuz yang segera menghubungi pihak bank selepas menyedari transaksi luar biasa itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: