seismik

Lelaki Terkejut Selepas Dapat Wang Bernilai RM37,249 Hasil Tidak Dituntut Dengan Kerajaan

Jom semak sama ada anda mempunyai sebarang wang tidak dituntut atau tak di eGUMIS.

Cover image via @chyiconazrul (Twitter) & Selongkar10

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang individu terkejut apabila mendapati dia mempunyai RM37,249 di bawah jagaan kerajaan selepas membaca artikel mengenai wang tidak dituntut semasa pandemik Covid-19

Pengguna Twitter @chyiconazrul berkata dia bersyukur kerana telah mendapat wang itu pada masa yang memerlukan.

“Saya menuntut wang itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sangat membantu ketika itu,” tulisnya.

Beliau berkata demikian dalam menjawab bebenang Twitter oleh wartawan berita automotif tempatan, Paul Tan, yang turut berkongsi bahawa dia menemui RM900 wang tidak dituntut dalam akaun eGUMISnya.

Lihat ciapan itu di bawah:

Bersyukur dapat wang tuntutan daripada kerajaan

Dalam ciapan berkenaan, wartawan itu telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemak akaun mereka juga.

"Adakah ini wang percuma atau apa? Tidak, ia memang wang saya. Wang yang saya tidak sangka saya ada, dan anda mungkin mempunyai wang seperti ini juga," tulis Tan di Twitter.

eGUMIS (Sistem Maklumat Wang Tidak Dituntut Kerajaan Elektronik) ialah portal dalam talian yang dilancarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) untuk orang ramai menyemak sama ada mereka mempunyai wang tidak dituntut daripada pelbagai sumber atau institusi di negara ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Pengguna Twitter itu berkongsi bahawa majoriti wang yang ditemui dalam akaun eGUMISnya adalah daripada faedah yang dia tidak tahu dia peroleh daripada pembekal insurans

Menurut gambar yang disiarkannya, dia mempunyai RM11.85 wang tidak dituntut daripada RHB Bank, RM32.70 daripada SBD Properties, RM36,994.41 daripada AIA, dan RM210.27 daripada Maybank.

"Saya terkejut dan bersyukur kerana dapat menggunakan wang ini untuk menampung perbelanjaan semasa Covid-19," katanya kepada SAYS.

Mujur dia semak dan dapat balik duit tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: