seismik

Tragedi 1991 Berulang Kembali, Letupan Di Beirut Mirip Peristiwa 'Hiroshima Sungai Buloh'

Letupan itu telah meranapkan sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut.

Cover image via AFP & Harian Metro

Semalam, dunia digemparkan dengan dua letupan yang menggegarkan Beirut, Lubnan hingga menyebabkan 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera

Menurut laporan, letupan itu menyebabkan beberapa buah bangunan bergoyang dan kepulan asap menjulang ke langit. Menteri Kesihatannya, Hamad Hasan berkata, letupan di tengah Beirut itu telah menyebabkan ramai orang cedera dan berlaku kerosakan yang besar.

Media di Lebanon juga turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dengan sebahagiannya berlumuran darah. Setakat ini, punca kejadian masih tidak diketahui. Namun, tersebarnya beberapa video ngeri tentang letupan misteri itu di media sosial.

Walau bagaimanapun, kejadian letupan di Beirut itu dikatakan mirip seperti tragedi 'Hiroshima Sungai Buloh' yang berlaku pada tahun 1991

Image via Harian Metro

Tragedi letupan kilang mercun atau bunga api Bright Sparklers yang berlaku di Sungai Buloh, Selangor itu berlaku pada 7 Mei 1991 jam 3.45 petang.

Kilang mercun berkenaan dipercayai terbakar dan menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh tujuh kilometer (km) daripada tempat kejadian.

Sejumlah 26 mangsa telah terkorban dan sebanyak 83 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

Keadaan kawasan kilang mercun Bright Sparklers selepas kejadian.

Image via Harian Metro

Letupan itu telah meranapkan sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut

Imej menunjukkan kereta dan harta awam ranap dalam tragedi letupan kilang di Sungai Buloh.

Image via Twitter @LNH_15

Malah, tingkap-tingkap rumah di sekitar kawasan Sungai Buloh sehingga bandar Seri Menjalara dan Selayang turut pecah. Insiden ini juga lebih dikenali sebagai 'Hiroshima Sungai Buloh' oleh media tempatan ketika itu.

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia Kedua.

Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh.

Click to Reveal
Hide
Mayat rentung dijumpai dalam peristiwa kebakaran kilang di Sungai Buloh.

Mayat rentung dijumpai dalam peristiwa kebakaran kilang di Sungai Buloh.

Image via Twitter @LNH_15

Selain itu, satu per satu kisah yang terselindung di sebalik tragedi letupan kilang Bright Sparklers berkenaan mula terbongkar

Image via Twitter @LNH_15

Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggajikan pekerja di bawah umur.

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.

Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak. 

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Image via Twitter @LNH_15

Tragedi kilang mercun itu memberi impak besar kepada negara dan pengubahan polisi kerajaan untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena hari perayaan

Image via Sinar Harian

Disebabkan kelemahan peristiwa ini, Parlimen telah mewujudkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) pada tahun 1994.

Disebabkan kelemahan sistem pengurusan dalam kes ini, sekaligus turut membuka mata ramai pihak sehingga parlimen telah mewujudkan OSHA iaitu suatu undang-undang dan peraturan serta garis panduan buat para pekerja.

Mesti korang tak sangka Malaysia pernah berdepan dengan tragedi hitam ini kan?

Walaupun dah 29 tahun berlalu, namun peristiwa ini wajar dijadikan pengajaran untuk kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: