seismik

World War 3, Virus Wuhan, Dan 4 Lagi Tragedi Besar Berlaku Pada Januari 2020

Seriuslah semua ni berlaku pada bulan Januari?

Cover image via time & Google

Belum pun menjengah bulan Februari, sudah banyak kejutan yang dibawakan pada tahun 2020 ini

Satu demi satu tragedi besar melanda dunia membuatkan ramai yang takut dan berwaspada untuk melangkah ke bulan seterusnya.

Malah, ia bermula seawal minggu pertama setelah orang ramai menyambut tahun baru 2020 lagi.

Image via Giphy

Oleh itu, mari kita recap tragedi besar yang melanda dunia pada Januari 2020 ini

1. #WorldWar3

Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menyebabkan kematian Jeneral Tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani.

Susulan itu, turut trending di laman Twitter #WorldWar3. Iran kemudiannya turut menyerang balas dengan melancarkan bedilan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera AS di Iraq namun tiada kematian dilaporkan. 

Selain itu, memetik laporan Al-Jazeera, Iran juga meletakkan tawaran bernilai 3 juta dollar sekiranya ada yang berjaya membunuh Trump. 

Rakyat Iran yang bersedih dengan kematian pemimpin mereka, Jeneral Qassem Soleimani.

Image via Al-Jazeera

Nak tahu dengan lebih lanjut, baca di sini.

2. Kebakaran hutan di Australia

Kebakaran hutan di pantai timur Australia dipercayai meragut 23 nyawa sejak ia mula terbakar pada September tahun lalu. 

Keadaan cuaca yang tidak menentu serta ketiadaan hujan turut membuatkan kebakaran hutan itu sukar dikawal. Dilaporkan bahawa lebih 500 ribu haiwan kehilangan nyawa dalam tragedi tersebut.

Seramai 24 individu ditahan kerana dipercayai memulakan kebakaran. Dalam pada itu, memetik laporan The Conversation, kesan kebakaran hutan itu juga membuatkan beberapa spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan hampir pupus. 

Kebakaran hutan di Australia yang bermula sejak September lalu.

Image via Google

Nak tahu dengan lebih lanjut, baca di sini

3. Novel koronavirus atau virus Wuhan

Wabak itu bermula di sebuah pasar basah di daerah Wuhan, China. Antara simptom-simptom yang dialami pesakit adalah hidung berair, sakit kepala, batuk, sakit badan, demam dan juga pneunomia

Setakat 28 Januari 2020, seramai 106 kematian dilaporkan dan hampir 4,500 orang disahkan dijangkiti wabak ini bagaimanapun, ada spekulasi mengatakan bahawa jumlah itu lebih ramai cuma tidak dilaporkan. 

Antara negara yang sudah mempunyai kes wabak ini adalah Malaysia, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Jerman, Filipina, Kemboja, Singapura, Thailand dan juga Japan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya memakai topeng muka, sentiasa membasuh tangan atau memakai hand sanitizer. 

Orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng muka.

Image via New York Times

Nak tahu dengan lebih lanjut, baca di sini

4. Banjir di Jakarta

Memetik BBC News, banjir besar di Jakarta dilaporkan telah meragut 60 nyawa. Banjir besar yang melanda sejak malam tahun baru itu dipercayai turut menjejaskan 30 juta penduduk di kawasan berdekatan. 

Dipercayai, banjir tersebut terjadi disebabkan hujan yang turun mencurah pada 1 Januari 2020 serta keadaan tanah yang tidak dapat menampung air yang berlebihan itu.

Keadaan banjir di Jakarta.

Image via Coconut

5. Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter

Bintang legenda bola keranjang, Kobe Bryant, 41 tahun dilaporkan maut dalam satu nahas helikopter pada 26 Januari 2020 di Calabasas, California

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah anak perempuannya, Gianna Bryant, 13 tahun dan sembilan penumpang lain.

Memetik laporan Astro Awani, juara NBA lima kali itu beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun dan bersara pada April 2016. Pencapaian terbaik Bryant dalam arena sukan adalah apabila diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) pada 2008.

Beliau juga pernah merangkul Oscar untuk filem animasi pendek 'Dear Basketball' pada tahun 2018. 

R.I.P Kobe dan Gianna.

Image via CNN

6. Gempa bumi di Turki

Gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter di Timur Turki dilaporkan meragut 29 nyawa manakala 1,500 orang mengalami kecederaan pada 24 Januari lalu. 

Selain itu, dilaporkan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan terhadap mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam tragedi tersebut. 

Gempa bumi di Turki.

Image via Berita Harian

Semoga tragedi ini boleh dijadikan iktibar kepada semua dan bersedia untuk menghadapi hari-hari yang akan datang

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: