seismik

"Trump Dah Hilang Akal" - Rakyat Amerika Bertegas Tidak Mahu Berperang Dengan Iran!

#NoWarWithIran

Cover image via Deadline , google , twitter

Kita baru sahaja memasuki tahun baru 2020 namun, satu ketegangan besar telah pun melanda hingga membawa kepada ancaman perang dunia ketiga

Memetik laporan Astro Awani, ketegangan memuncak antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani dalam serangan udara AS berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari lalu.

Susulan itu, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera AS pada jam 3 pagi, waktu tempatan pada 7 Januari 2020. Dipercayai puluhan menemui ajal dalam serangan tersebut.

Jeneral Qasem Soleimani.

Image via Google

Namun begitu, Presiden AS, Donald Trump menulis di laman Twitter miliknya menegaskan bahawa keadaan masih dalam keadaan terkawal

Bahasa: 

"Semua baik belaka. Peluru berpandu dilancarkan Iran terhadap dua pangkalan tentera di Iraq. Penilaian dan tahap kerosakan kini sedang dijalankan, setakat ini masih baik. 

"Kita mempunyai tentera paling berkuasa dan mempunyai kelengkapan yang lengkap di dunia! Saya akan beri kenyataan esok pagi," tulisnya.  

Sementara itu, bekas tentera AS yang pernah berkhidmat di Iraq berkongsi di laman Twitter bertegas tidak mahu berperang dengan Iran

Bahasa:

"Saya kehilangan kedua-dua kaki di Iraq, gambar pertama menunjukkan saya berjalan sekali lagi buat pertama kalinya (saya habiskan masa dua tahun di hospita untuk pulih). Gambar kedua pula adalah skuad saya di Fallujah.

"Empat daripada tujuh orang cedera dan seorang lagi bunuh diri. Jangan biarkan Trump membunuh banyak lagi nyawa. Bersuaralah!" tulisnya. 

Bahasa: 

"Saya merupakan pegawai medik di Iraq pada tahun 2006 hingga 2007. Saya dah lihat gambaran sebenar peperangan. Kehidupan. 

"Kehidupan tentera, rakyat dan ahli keluarga yang semuanya terseksa tanpa sebab. Kita tidak boleh berperang dengan Iran. Masa untuk berunding sekarang!" tulisnya

Bahasa: 

"Saya dihantar ke Iraq sebagai medik pertempuran. Saya mendapat tempat duduk paling depan melihat apa jadi bila Amerika bertindak secara melulu di timur tengah. 

"Donald Trump dah hilang akal! Kongres kena hentikan dia sekarang," tulisnya

Bahasa: 

"Sebagai seorang veteran perang, saya memohon kongres untuk berperang dengan Iran. Saya berkhidmat di Iraq selama 10 tahun dan saya tidak mahu melihat generasi baru askar Amerika yang berani berkorban disebabkan kesombongan Presiden," tulisnya.

Selain itu, turut tular adalah video rakyat Iran yang mengatakan bahawa mereka sayangkan rakyat Amerika tetapi bukan Presidennya

Bahasa: 

"'Saya ingin katakan bahawa kami sayangkan rakyat Amerika tapi bencikan Presiden kamu'. Adakah ini orang yang kita ingin perangi di timur tengah?

"Adakah orang ini kedengaran seperti seorang pengganas? Hati saya turut bersedih dengan mereka. Adakah kita semua ini manusia?" tulisnya. 

Dalam pada itu, satu petisyen turut diwujudkan oleh rakyat AS yang bertegas tidak mahu peperangan tercetus antara kedua-dua negara

Semoga dengan kebangkitan ini, peperangan antara Amerika Syarikat dan Iran dapat dielakkan!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: