[FOTO] Satu Dunia Bersedih Lihat Keadaan Kebakaran Hutan Di Australia. #PrayForAustralia!
Sedih tengok foto-foto kebakaran hutan itu.
Kebakaran hutan di Australia yang bermula sejak September tahun lalu kini mendapat perhatian ramai terutamanya di media sosial
Setakat ini, 24 kematian direkodkan dalam insiden tersebut manakala lagi 500 ribu yang terkorban adalah hidupan liar yang gagal menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan itu.
Ditambah lagi dengan cuaca panas dan tiada hujan yang turun menyukarkan lagi usaha pihak tertentu untuk mengawal keadaan.
Selain itu, tular di media sosial adalah foto-foto hidupan liar yang terkesan dengan insiden itu. Itu semua banyak membantu meningkatkan kesedaran tentang kebakaran hutan ini di mata dunia.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman Twitter menunjukkan raut wajah kegembiraan bomba apabila hujan mula turun di bumi Australia
Namun begitu, video berdurasi 34 saat itu sebenarnya adalah video lama yang diambil pada November tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menulis di laman Facebook miliknya turut sama berduka dengan tragedi yang menimpa Australia
Dia juga menjelaskan bahawa Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Australia sekiranya diperlukan.
Bahasa:
"Saya turut bersedih dengan tragedi kebakaran hutan yang menyebabkan ramai kehilangan nyawa serta kerosakan besar di Australia.
"Mewakili Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan takziah mangsa, ahli keluarga dan mereka yang terkesan dengan tragedi ini. Doa kami bersama rakyat Australia dalam mengharungi waktu sukar ini.
"Malaysia bersedia menghulurkan bantuan termasuklah pelaksanaan Pasukan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dan Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana Malaysia (SMART), aset dan kakitangan untuk membantu memadamkan kebakaran serta operasi menyelamat di Australia," tulisnya dalam kenyataan tersebut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga kebakaran hutan itu dapat dikawal sepenuhnya dan doa kami rakyat Malaysia kepada warga Australia.