seismik

[VIDEO] Sanggup Temankan Ibu Dari Tepi Tingkap, Kisah Pemuda Ini Undang Sebak. Sedihnya!

Lelaki itu dilaporkan berada di situ selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Cover image via Twitter @RamAbdu

Perkara yang paling menyedihkan bagi setiap insan di muka bumi ini ialah apabila kehilangan orang disayangi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Lebih-lebih lagi, orang yang pergi meninggalkan diri kita berkenaan ialah ibu bapa sendiri.

Pasti perasaan sedih dan perit itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lebih meruntun hati apabila tidak dapat bersama disaat-saat akhir pemergian mereka.

Terbaru, seorang lelaki sanggup memanjat tingkap sebuah hospital demi mahu memastikan ibunya yang dijangkiti Covid-19, mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin

Menurut laporan, lelaki itu yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti dilihat duduk di tepi tingkap hospital. Foto dan video pemuda itu juga telah tular dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Lelaki berusia 30 tahun dari Hebron, Palestin itu juga dilaporkan berada di situ selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya, Rasma Salama, menghembuskan nafas terakhir, Khamis lalu.

"Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.

"Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena," kata seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.

Tonton video penuh di bawah:

Abang Jihad, Rasmi memberitahu media, biarpun dilarang berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, adiknya itu tetap berdegil

"Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu.

"Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu. Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya.

"Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan," ujarnya.

Semoga kisah pemuda ini menjadi teladan untuk kita semua. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup di dunia ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: