seismik

[VIDEO] “12 Tahun Terindah” - BCL Titip Lagu Khas Untuk Arwah Ashraf Buat Ramai Sebak

Sedihnya...

Cover image via YouTube ITSMEBCL

Umum sedia maklum, selebriti terkenal di Malaysia dan Indonesia iaitu Ashraf Sinclair telah pergi meninggal dunia pada 18 Februari lalu

Image via says.com

Namun begitu, sehingga kini isteri tercinta arwah Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) kelihatan masih mencuba sedaya-upaya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak tunggal mereka, Noah Sinclair.

Malah, BCL turut menjelaskan bahawa "Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.."

Walau bagaimanapun, BCL hari ini telah memuat naik satu klip video rasmi lagu yang berjudul 12 Tahun Terindah.

Lagu tersebut dicipta khas buat mengingati memori terindah selama 12 tahun bersama arwah suaminya.

Malah, setelah tidak hampir satu jam dimuat naik di laman YouTube IT'S ME BCL, lagu yang berdurasi 4:40 itu telah berjaya meraih lebih 383,844 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Tonton video lagu tersebut di bawah:

Sedih dan sayu bila dengar lagu yang ditulis sendiri oleh BCL ini.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen di laman YouTube lagu tersebut turut merasakan kehilangan arwah Ashraf...

Image via YouTube
Image via YouTube
Image via YouTube

Semoga BCL, Noah & keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini. Dan, semoga roh Arwah Ashraf Sinclair berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin YRA.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Hari Raya pertama tanpa Ashraf...