seismik

“Mendoakanmu Adalah Caraku Mencintaimu” - BCL Tribute Video Khas Buat Arwah Ashraf

"Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.." - BCL.

Cover image via Google

Selebriti terkenal yang bertapak di Malaysia dan Indonesia itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari yang lalu selepas terkena serangan jantung

Arwah Ashraf Sinclair.

Image via Google

Arwah yang dilahirkan di London pada 18 September 1979 dan telah pergi menghadap Ilahi pada umur 40 tahun meninggalkan seorang balu iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun iaitu Noah Aidan Sinclair.

Paling menyedihkan, tahun ini merupakan tahun pertama BCL dan Noah menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa suami dan ayah tersayang

Image via IDN Times

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan BCL dan Noah pada ketika ini kerana selepas pemergian arwah Ashraf, BCL tidak lagi aktif di laman Instagram untuk memberi 'update' tentang kehidupan sehariannya.

Namun begitu, baru-baru ini BCL baru memuat naik satu video di mana menceritakan perjalanan hidupnya serta Noah dan menjelaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah buat dirinya.

Video berdurasi 11:28 saat itu dimuat naik di laman YouTube IT'S ME BCL pada 31 Mei lalu dan telah meraih lebih 4,217,136 tontonan pada ketika ini

"Dear Love..."

Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana..
Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah..

Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani.. 
Di moment ini, aku memberanikan diri.. Untuk sedikit berbagi tentang hidupku.. Perjalananku..

Di dalam video tersebut kelihatan BCL ditemani oleh ahli keluarga yang tidak pernah putus memberikan cinta dan sokongan kukuh sejak kehilangan arwah Ashraf

BCL turut berterima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa bersamanya pada saat ini dan dia turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.

Dear Love, meskipun ragamu tiada di sini, tapi jiwamu akan selalu ada bersama kami. Dan mendoakanmu adalah caraku untuk mencintaimu. I miss you, each and everyday."
Bunga Citra Lestari (BCL)

Rata-rata warganet turut meninggalkan komen yang menyentuh hati. Malah, mereka juga turut sama bersedih dengan video ini.

Image via YouTube
Image via YouTube

Semoga Bunga & Noah kekal tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: