seismik

“Sampaikan Salam Buat Daddy...” - Selepas Suami, BCL Kini Kehilangan Kucing Kesayangan

Besarnya dugaan BCL dan anaknya, Noah. :(

Cover image via Instagram @bclsinclair

Umum sedia maklum bahawa pelakon terkenal, Ashraf Sinclair, telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan sakit jantung

Arwah Ashraf Sinclair.

Image via The Sun Daily

Berita kematian suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) itu ternyata telah mengejutkan rakan serta peminat arwah di Indonesia serta di Malaysia. Selain BCL, Ashraf turut meninggalkan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Tidak dinafikan, BCL begitu terkesan dengan kehilangan insan yang disayanginya dan dia juga dilihat memerlukan masa bersama keluarga sehinggakan dia langsung tidak memuatnaik apa-apa perkongsian tentang arwah di laman Instagram miliknya.

Namun begitu, setelah hampir dua bulan mendiamkan diri di IG, BCL hari ini memuat naik satu perkongsian sedih di mana dia dan Noah telah kehilangan kucing kesayangan mereka iaitu Toni

Menurut BCL, dia menyuarakan rasa terima kasih kepada Toni kerana telah memberikan kebahagiaan dan keceriaan di rumah mereka selama ini. Toni juga dikatakan seekor kucing yang pintar. Tambahan pula, BCL memberitahu bahawa Toni sangat suka jika didukung oleh arwah Ashraf untuk melihat cicak.

BCL menjelaskan betapa Toni 'berjuang' selama dua bulan ini sehingga tidak mampu lagi. Toni menjadi semakin lemah hari demi hari sehingga menghembuskan nafas terakhir. Lebih menyentuh hati, BCL turut menitipkan salam buat arwah suaminya melalui Toni. Tambahan pula, dia dan Noah akan merindui kehadiran Toni di rumah mereka.

Semoga Toni & arwah Ashraf Sinclair tenang di sana. Amin YRA.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga: