seismik

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Pagi Tadi Akibat Serangan Jantung

Innalillah...

Cover image via Google

Pelakon Malaysia yang telah mencipta nama di Indonesia iaitu Ashraf Sinclair, 40, telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung

Image via Harian Metro

Berita tentang kematian suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal di Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) itu telah disahkan oleh pengurus BCL sendiri iaitu Doddy melalui aplikasi WhatsApp kepada pemberita portal berita Indonesia, Kompas.com.

"Betul, (meninggal dunia). Serangan jantung, pagi tadi," jelas Doddy.

Arwah Ashraf Sinclair dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia

Arwah yang dilahirkan di London pada 18 September 1979 dan telah pergi menghadap Ilahi pada umur 40 tahun meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun iaitu Noah Aidan Sinclair.

Image via Google

Sehingga kini masih belum ada sebarang berita lanjut mengenai pemergian arwah daripada ahli keluarga terdekat.

Al-Fatihah buat arwah Ashraf Daniel Mohammed Sinclair. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: