x

seismik

New York Jadi Saksi Foto Kenangan Terakhir Ashraf Sinclair Dan Bunga Citra Lestari

Semoga tenang di sana Ashraf Sinclair.

Cover image via Instagram @ashrafsinclair & Instagram @bclsinclair

Umum mengetahui bahawa pelakon popular Malaysia, Ashraf Sinclair telah mengembuskan nafas terakhir pada pagi tadi

Ashraf Sinclair

Image via The Sun Daily

Ashraf Sinclair, 40, yang mencipta nama di Indonesia meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta.

Berita tentang kematian suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal di Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) itu telah disahkan oleh pengurus BCL sendiri iaitu Doddy melalui aplikasi WhatsApp kepada pemberita portal berita Indonesia, Kompas.com.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair

Meninjau pada laman Instagram milik Ashraf dan Bunga, kedua-kedua mereka memuat naik foto kenangan terakhir bersama ketika berada di New York, USA

Pada 11 Februari lalu, Ashraf memuat naik foto kenangan terakhir bersama isteri tercinta, Bunga Citra Lestari di Central Park, New York.

Manakala Bunga pula membalas sehari selepas itu dengan memuat naik foto bersama Ashraf di Times Square, juga di New York.

Foto kenangan terakhir di Instagram Ashraf Sinclair.

Image via Instagram @ashrafsinclair

Foto kenangan terakhir di Instagram Bunga Citra Lestari.

Image via Instagram @bclsinclair

Kedua-dua foto ini dibanjiri dengan komen-komen sedih dari netizen atas berita pemergian Ashraf pagi tadi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Maklumat lanjut BACA SINI: