seismik

Ashraf Salah Panggil Nama BCL - Tak Sangka Kisah Lucu 11 Tahun Lalu Bawa Mereka Ke Pelamin

Mereka berdua pada mulanya bertemu buat pertama kali di sebuah acara di Malaysia pada tahun 2007.

Cover image via Instagram

Pemergian pelakon popular Malaysia, Ashraf Sinclair sememangnya begitu tidak diduga

Image via The Sun Daily

Seperti sedia maklum, arwah telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun iaitu Noah Aidan Sinclair.

Ketika meninjau kembali gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ashraf di laman Instagram miliknya, pada 11 Februari yang lalu, Ashraf turut memuat naik foto kenangan terakhir bersama isteri tercinta, Bunga Citra Lestari di Central Park, New York.

Manakala Bunga Citra Lestari pula membalas sehari selepas itu dengan memuat naik foto bersama Ashraf di Times Square, juga di New York.

Image via Instagram

Sehingga kini, kedua-dua foto ini telah dibanjiri dengan komen-komen sedih dari warganet atas berita kehilangan Ashraf awal pagi tadi.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa kisah percintaan selama 11 tahun pasangan ini telah menjadi inspirasi ramai orang.

Malah, mereka turut digelar sebagai "Power Couple".

Image via Google

Biarpun di Malaysia mahupun di Indonesia, rumahtangga kedua-dua pasangan ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip atau kontroversi selama 11 tahun mereka sudah menikah.

Mereka berdua pada mulanya mula rapat antara satu sama lain pada tahun 2007 ketika BCL sedang mempromosikan albumnya di Malaysia. Ashraf pada ketika itu menjadi hos pengganti untuk wawancara BCL dan telah berlaku kejadian di mana Ashraf tersalah menyebut nama penyanyi tersebut. Ashraf memanggil nama BCL dengan nama Bunga Cinta Lestari.

Image via flickr.com

Dari situlah bermulanya hubungan mereka yang berlanjutan sehingga ke peringkat yang lebih serius dan akhirnya menikah setelah menjalinkan hubungan jarak jauh sehingga 8 November 2008. Ia merupakan tarikh Ashraf menikahi BCL di Indonesia.

Majlis perkahwinan pasangan ini telah diadakan di Malaysia dan Indonesia.

Kebahagiaan pasangan ini menjadi semakin sempurna dengan kehadiran anak sulung mereka, Noah Sinclair pada 22 September 2010

Gambar kenangan keluarga kecil ini ketika menyambut tahun baru 2020 di Melbourne.

Image via Instagram

Tambahan pula, Ashraf dan BCL baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada bulan November tahun lalu.

Apa-apa pun, semoga Bunga Citra Lestari akan sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian yang diberikan ini.

Image via Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: