seismik

Rumah Duka Arwah Ashraf Sinclair Dinaikkan Bendera Kuning Setiap Sudut

Bendera kuning tersebut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian di rumah berkenaan.

Cover image via Kapanlagi.com

Rakyat Malaysia sekali lagi telah digemparkan dengan berita kematian seorang pelakon terkenal iaitu Ashraf Sinclair

Arwah Ashraf Sinclair telah pergi menghadap Ilahi pada umur 40 tahun akibat serangan jatung awal pagi tadi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia.

Baca berita penuh di sini.

Terkini, rumah duka arwah Ashraf Sinclair yang terletak di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan, telah dinaikkan bendera kuning di setiap sudut sebagai memberi tanda bahawa terdapat kematian

Image via Kapanlagi.com
Image via Kapanlagi.com

Tambahan pula, pintu pagar rumah tersebut tertutup kemas serta dikawal ketat oleh pegawal keselamatan yang berpakaian hitam. Sehingga kini, beberapa rakan artis seperti Rossa dan Intan Ayu sudah mula ke rumah duka tersebut bagi menziarahi jenazah arwah Ashraf serta memberi semangat kepada balu, Bunga Citra Lestari.

Untuk pengetahuan semua, 'rumah duka' dikenali sebagai rumah yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.

Namun begitu, menurut laporan Mstar, sehingga kini keluarga arwah masih belum memutuskan lokasi untuk arwah dikebumikan

Di bawah merupakan beberapa gambar situasi di rumah duka tersebut yang dikongsi oleh @inikata.com di laman Instagram:

Image via Lambe Turah
Image via Lambe Turah
Image via Lambe Turah

Menurut laporan Harian Metro, isteri arwah, Bunga Citra Lestari dilihat turun dari van jenazah dengan raut wajah yang pucat dan matanya sembab.

Mayat jenazah dibawa pulang ke kediaman mereka kira-kira jam 7:33 pagi tadi (waktu tempatan).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: