seismik

Aishah Sinclair Terima Berita Duka Dari Ibu Ketika Baru Mula Bertugas Di Konti Mix FM

Sedihnya...

Cover image via Google

Berita pemergian artis terkenal, Ashraf Sinclair, 40, ternyata telah mengejutkan ramai pihak

Image via The Star

Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah mengembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi kira-kira jam 4 pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia akibat serangan jantung.

Arwah meninggal dunia pada usia 40 tahun dan meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari serta seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair.

Paling menyedihkan, berita tentang pemergian arwah Ashraf Sinclair telah dikongsikan oleh ibunya ketika adik perempuan arwah, Aishah Sinclair baru mula bertugas di konti Mix FM

Image via Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, Aishah Sinclair yang bertugas mengendalikan program Mix Breakfast yang bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio Mix FM telah menerima berita duka berkenaan daripada ibunya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh rakan penyampai iaitu Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” kata Rod dan Prem.

Image via YouTube

Ketika dikhabarkan berita itu, Aishah kelihatan terkejut dan terpaksa bergegas pulang untuk mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu bapanya. Aishah juga turut dimaklumkan bahawa abangnya itu telah meninggal dunia ketika sedang tidur.

Al-Fatihah buat arwah Ashraf Sinclair dan semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: