Lihat Map Sekali Imbas, Wanita Ini Hairan Kenapa Golongan Lelaki Cepat Hafal Jalan
Entah-entah ada cip dalam otak lelaki.
Setiap kali berjalan jauh, penggunaan peta digital di telefon pintar sangat membantu untuk sampai ke destinasi
Iyalah, jika masuk ke tempat asing. Kemudahan teknologi seperti itu dapat mengurangkan risiko sesat apabila berada di atas jalan raya.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang isteri yang kagum dengan suaminya yang boleh menghafal jalan pada peta digital telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mampu hafal jalan dan simpang hanya dengan sekali imbas
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @jihahrosli1 di TikTok, wanita ini kagum dan hairan selepas melihat suaminya mampu menghafal map hanya dengan sekali imbas.
Lebih menarik lagi, suaminya itu yang dilihat menunggang motosikal berhenti seketika di tepi jalan untuk melihat laluan di map sebelum meneruskan semua perjalanan.
Rata-rata netizen turut memahami dan boleh relate dengan situasi yang dihadapi oleh wanita itu.
"Nampaknya, suami akak dulu suka main game GTA" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memahami dengan keadaan yang dihadapi oleh wanita berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 425.4K views, 32.2K likes dan 1.1K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!