Lion Parcel Buka Pejabat Antarabangsa Pertama Di Malaysia, Perluas Lagi Operasi Logistik
Lion Parcel berhasrat mencipta lebih banyak peluang penghantaran rentas sempadan buat sektor perniagaan dan komuniti.
Cover image via Lion Parcel MYFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lion Parcel, penyedia perkhidmatan logistik terkemuka yang berpangkalan di Indonesia, secara rasmi membuka pejabat antarabangsa pertamanya di Subang Jaya, Malaysia
Langkah ini menjadi titik mula kepada peluasan pasaran antarabangsa Lion Parcel sekali gus memperkukuh hubungan logistik antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa lain.
Malaysia dipilih sebagai pasaran pertama dalam jaringan antarabangsa syarikat berkenaan atas faktor kedudukannya yang strategik sebagai hab serantau. Menerusi kehadiran fizikal ini, Lion Parcel berhasrat mencipta lebih banyak peluang penghantaran rentas sempadan buat sektor perniagaan dan komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutif Lion Parcel, Farian Kirana berkata, pembukaan pejabat di Malaysia merupakan langkah awal penting dalam perjalanan antarabangsa syarikat. Beliau menjelaskan bahawa kehadiran Lion Parcel bukan sekadar penyedia logistik, sebaliknya berperanan sebagai pemangkin ekosistem yang membantu perniagaan menggerakkan barangan dengan lebih cekap merentasi pasaran.

Tambah beliau, syarikat menyokong pendekatan kolaboratif dan terbuka untuk bekerjasama dengan rakan industri tempatan bagi membangunkan perkhidmatan logistik yang lebih mampan.
Pandangan tersebut turut disokong oleh Ketua Lion Parcel Malaysia, Alvin Williams, yang menyifatkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab kargo udara dan transit serantau memberikan kelebihan strategik.
Menurutnya, infrastruktur berkenaan membolehkan Lion Parcel menghubungkan perkhidmatan penghantaran dengan rangkaian kargo yang lebih meluas untuk menyokong kelancaran pergerakan barangan.
Operasi dan sokongan ekosistem Lion Group
Peluasan operasi Lion Parcel di Malaysia disokong secara rasmi oleh ekosistem induk Lion Group:
- Sokongan Rangkaian Udara Batik Air Malaysia: Memanfaatkan rangkaian penerbangan Batik Air Malaysia yang menghubungkan lebih 60 destinasi di 20 negara merangkumi Asia Tenggara, China, India, Australia, dan destinasi serantau lain.
- Infrastruktur Kargo Bersepadu: Disokong oleh Cargo Terminal Operator (CTO) yang dikendalikan oleh Batik Air Malaysia bagi mempercepatkan proses pengendalian kargo udara serta menjamin penghantaran antarabangsa yang lebih selamat dan efisien.
- Sasaran Perkhidmatan: Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk segmen B2B dan runcit ke pelbagai destinasi antarabangsa menerusi rangkaian penerbangan Lion Group.
Sebagai pasaran antarabangsa julung kali, pembukaan di Malaysia menjadi pemangkin kepada peluasan jaringan logistik Lion Parcel di peringkat global. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh didapati menerusi laman web rasmi mereka di https://lionparcel.com/my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


