seismik

4 'Short Getaways' Menarik Yang Sesuai Untuk Anda Legakan Minda Pada Hari Minggu

Semuanya menarik!

Cover image via Farm Ville Cafe & Homestay | Awanmulan

Zaman sekarang ni makin lama makin banyak hotel atau resort unik yang tumbuh di serata negara

Disebabkan terlalu banyak, kadang-kadang nama hotel memang tak pernah dengar langsung. Nak tahu mana yang best? Biar team OHBULAN! ceritakan di bawah:

Image via ohbulan.com

Korang sedang merancang percutian? Nah, kami ada beberapa idea untuk korang adakan short getaways! Tak perlu pergi jauh-jauh pun.

Nah, cuba tengok senarai di bawah dan usulkan kepada BFF korang:

1. Adeline Villa & Rest House - Gopeng, Perak

Image via Adeline Villa

Bukan sahaja korang boleh menikmati keindahan semula jadi, tapi terdapat pelbagai aktiviti untuk korang cuba! Paling menarik ialah water rafting! Confirm meningkatkan kadar adrenalin korang!

Alamat: 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

Aktiviti: Water rafting, kayaking, jungle trekking

Harga: Bermula daripada RM150 sekepala (termasuk sarapan, makan tengahari dan makan malam)

Image via fbcdn.net

2. Awanmulan - Seremban, Negeri Sembilan

Image via Awanmulan

Wah, cun betul view kat sini! Bagi korang yang nak bercuti dengan jarak perjalanan yang dekat, sinilah lokasi paling tepat. Lebih best, ada 2 buah kolam renang tau. So, view hutan menghijau ada dan view matahari terbenam pun ada. Power!

Alamat: Kampung Jelebu, Seremban

Aktiviti: Swimming sampai lebam

Harga: Bermula RM400 satu malam

Image via Awanmulan

3. Enderong Resort Tanarimba - Janda Baik, Pahang

Image via Enderong Resort

Ini juga sebuah lokasi yang best kalau korang nak buat team building. Ada Annex Hall untuk korang berkumpul ramai-ramai. Korang boleh menghirup udara segar pagi di trail Sungai Enderong. Tapi, kalau nak lebih adventure pun ada juga. Boleh refer terus ke pihak pengurusan Enderong Resort!

Alamat: Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Aktiviti: Memanah, jungle trekking

Harga: Bermula daripada RM370 satu malam (termasuk sarapan)

Image via Enderong Resort

4. Farm Ville Cafe & Homestay - Sekinchan, Selangor

Dikelilingi sawah padi menghijau, sesiapa yang bercuti di sini pasti akan rasa suasana ‘kampung’. Lebih best lagi, semua bilik di sini terdiri daripada container! Lapar? Ha, terdapat pelbagai restoran menarik dengan hanya 5 minit perjalanan!

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Aktiviti: Kilang padi, melihat matahari terbenam di Pantai Redang, 3D Art Gallery, berbasikal

Harga: Bermula daripada RM98 satu malam

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sikit sangat? Baca lagi di bawah:

You may be interested in: