seismik

"Maaf Saya Terpaksa Henti Jualan" - Peniaga Dakwa Menu Rahmah Alami Kerugian Jika Dijual

Harap dipermudahkan segalanya.

Cover image via @tongkayucafeoriginal (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, kerajaan ada memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah untuk membantu golongan B40

Sambutan dilihat menggalakkan kerana banyak kedai dan restoran yang turut berdaftar bagi memperkenalkan Menu Rahmah mereka.

Namun baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang peniaga mendakwa Menu Rahmah di kedainya terpaksa dihentikan kerana kerugian telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@tongkayucafeoriginal Berniaga biar ada untung barulah bersedekah dll. Jika merugikan atau membazir. Maka elakkanlah. Itu yg terbaik. Rezeki luas. Usaha dan dapatkan. Insyallah.. #menurahmahditutup #sayamintamaaf #kerajaanmalaysia #parlimenmalaysia #kerajaannegeripulaupinang #terimakasihsupport #fyp #restorantongkayucafeoriginal #tongkayucafebayanlepas #taksedaptokebelanja original sound - tong kayu cafe original

Dakwa tiada untung dan merugikan

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pengusaha kedai makan menggulung banner Menu Rahmah kedainya.

Dia kemudian memberitahu bahawa Menu Rahmah itu tidak menguntungkannya malah merugikan.

“Saya tidak boleh menjual Menu Rahmah lagi, ada dua sebab dihentikan, pertama kerana faktor ekonomi serta saya tidak mempunyai modal yang besar dan perniagaan saya biasa-biasa sahaja"

“Kedua, sambutan Menu Rahmah di tempat saya begitu teruk sehingga menyebabkan kerugian," ujarnya.

Dia memperkenalkan dua hidangan iaitu nasi putih dan ayam masak kicap serta nasi putih ayam goreng kunyit. Difahamkan, pada awalnya dia tidak sabar untuk menyokong inisiatif itu, tetapi dek kerana kerugian yang ditanggung membuatkan dia terpaksa menghentikannya.

"Terima kasih bang sebab dah cuba sediakan Menu Rahmah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon dan pandangan mereka. Ada juga yang mendoakan agar segala urusannya berjalan dengan lancar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 195.5K views, 5,087 likes dan 1,158 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ekonomi pun sekarang tak menentu, harga barang juga mahal. Mungkin itulah faktornya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: