seismik

"Macam Dalam Filem" - Ular Sawa Keluar Dari Mangkuk Tandas Ini Jadi Bualan Netizen

Weh seram!

Cover image via @ajedutainment (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak takut dengan haiwan berbisa, betul tak?

Haiwan berbisa ini biasanya seperti ular, buaya, lipan dan banyak lagi. Nampak saja kelibatnya terus auto lari. Bukan apa, haiwan ini digeruni ramai kerana ia juga boleh membawa maut.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi situasi ketika tandasnya dikunjungi seekor ular telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ajedutainment

Pengalaman seram tahun 2022 yang tak boleh dilupakan, ular sawa betul-betul keluar dari lubang tandas baru lepas memerut, belum sempat mandi dah cabut lari oi.

Suara Musik Malam Seram - Rusli Ridwan

Terkejut bila tengok dalam mangkuk tandas ada kepala ular sawa

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi situasi ketika tandasnya dimasuki dengan binatang berbisa itu.

Difahamkan, dia pada ketika itu baru sahaja membuang air besar. Sebaik sahaja selesai hajatnya, dia terlihat kelibat kepala ular sawa di dalam mangkuk tandas.

Situasi itu menjadi perbualan hangat netizen. Malah, mereka juga menyatakan situasi itu sama seperti dalam salah satu babak dari filem ular.

Lihat video lain itu di bawah:

@ajedutainment Membalas kepada @iyeqalrudean I Don't Belong Here - Cromok

"Aku sejak tengok cerita ular, setiap kali masuk tandas mesti aku akan intai lubang dulu ada benda ke tak" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.3M views, 108.8K likes dan 3,442 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Uish, seramnya dia keluar kepala macam tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: