Mahu Aiskrim Free Sempena Merdeka? Jom Serbu Event Grab x Baskin-Robbins x Upin & Ipin Di MyTOWN

Nak aiskrim Baskin-Robbins percuma sempena Merdeka? Singgah ke roadshow kolaborasi Baskin-Robbins x Upin & Ipin di MyTOWN pada 27-31 Ogos ini!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hujung minggu ini tak tahu nak bawa anak-anak atau adik-adik jalan ke mana? Haa… khas buat peminat tegar animasi tempatan Upin & Ipin, anda wajib serbu MyTOWN Shopping Centre!

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Grab x Baskin-Robbins membawakan kolaborasi cukup istimewa iaitu Eksplorasi Aiskrim bersama Upin & Ipin. Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan paling penting, ada aiskrim percuma!

Main game nostalgia dan tebus Aiskrim percuma!

Bila sampai sana, anda wajib sertai Game Journey yang ada tiga aktiviti klasik untuk throwback kenangan masa kecil:

  • Batu Seremban: Uji kecekapan jemari anda.
  • Teng Teng: Lompat-lompat macam zaman sekolah rendah dulu.
  • Photo Op: Singgah bergambar dekat ruang khas dan muat naik ke media sosial.

Selesai sahaja ketiga-tiga cabaran ini, anda terus boleh tebus aiskrim Baskin-Robbins secara PERCUMA, siap dapat pelekat Upin & Ipin 3D comel. Mudah dan menarik bukan?

Sertai kuiz dan beramah mesra bersama Upin, Ipin dan Opah

SAYS.com

Bukan selalu dapat jumpa Opah depan-depan kan? Kemunculan khas Opah selama 30 minit di pentas utama pasti buat anak-anak teruja. Terdapat juga mini permainan dan sesi pemberian hadiah gempak disediakan!

Hos acara juga akan mengadakan pelbagai kuiz interaktif spontan dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi seperti lunch bag edisi terhad Grab x Baskin-Robbins, jam tangan kanak-kanak Upin & Ipin edisi terhad Grab dan Baucar Grab.

Pada 27 hingga 31 Ogos, Upin, Ipin serta Opah akan muncul bersama sekitar jam 2.30 petang, manakala sesi bersama Upin & Ipin turut diadakan pada jam 6.30 petang. 

 Jadi kalau anda memang nak jumpa karakter kegemaran ini, bolehlah rancang waktu datang lebih awal.

Koleksi comel dan menu khas edisi Upin & Ipin

@grabmy

Boleh jumpa Upin & Ipin? 👦👦 Jom datang ke MyTOWN Cheras! Boleh sertai meet & greet dan menang merchandise istimewa. Bawa family, ajak kawan-kawan dan meriahkan acara bersama kami. 📍 MyTOWN Shopping Centre 🗓️ 27–31 Ogos 2026 Order Baskin-Robbins di GrabFood untuk dapatkan jam tangan Upin & Ipin edisi terhad Grab 💚 Ha, betul, betul, betul! Jumpa di sana! 👋

♬ original sound – GrabMY – GrabMY

Baskin-Robbins turut melancarkan menu edisi khas yang datang sekali dengan barangan merchandise istimewa:

  • Upin & Ipin 2 Pints dan Cooler Bag (RM90): Mengandungi 2 pint aiskrim, cooler bag, dan Jam Tangan Hijau Upin & Ipin edisi terhad Grab.
  • Upin & Ipin 2 Cups (RM19): Pilihan lebih ringkas yang didatangkan bersama jam tangan eksklusif.
  • Upin & Ipin 6-Inch Cake (RM160): Kek aiskrim 6-inci yang sesuai untuk sambutan hari lahir atau majlis keluarga.

Oh ya, jam tangan hijau Upin & Ipin ini adalah edisi terhad Grab, jadi anda perlu membuat pembelian menerusi aplikasi Grab untuk mendapatkannya.

Peminat Upin & Ipin jangan lepaskan peluang emas ini!

Parents, jangan lepaskan peluang! Bukan selalu ada event yang himpunkan karakter animasi kegemaran ramai, permainan tradisional, hadiah menarik dan aiskrim dalam satu tempat.

Kalau masih tercari-cari aktiviti best sempena cuti sekolah atau hujung minggu, wajib singgah ke Eksplorasi Aiskrim Upin & Ipin bersama Grab x Baskin-Robbins Roadshow yang berlangsung di MyTOWN Shopping Centre.

Event ini akan berlangsung 27 hingga 31 Ogos 2026 dari 10 pagi hingga 10 malam, jadi memang sesuai untuk anda luangkan masa bersama keluarga.

Lagi best, kalau anak-anak memang peminat tegar Upin & Ipin! Selain dapat menikmati aiskrim Baskin-Robbins, anda juga berpeluang bertemu Opah, sertai pelbagai aktiviti menarik, bermain permainan tradisional dan membawa pulang hadiah khas bertemakan Upin & Ipin.

Pendek kata, kalau nak cipta memori manis bersama keluarga sambil anak-anak bergembira, inilah antara event yang rugi kalau terlepas!ambil anak-anak bergembira, inilah antara event yang rugi kalau terlepas!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS