Mahu Jimat Elektrik? Ini Cara Mudah Cekap Tenaga Yang Ramai Rakyat Malaysia Terlepas Pandang
Nak jimat bil elektrik tanpa abaikan keselesaan? Ini caranya

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Suruhanjaya Tenaga.
Ramai sedia maklum kos sara hidup sejak kebelakangan ini semakin mencabar. Ditambah pula dengan cabaran krisis bekalan global yang turut menimpa negara ketika ini, ramai antara kita kini lebih cakna dengan penggunaan elektrik di rumah.
Anda jangan risau, nak jadi bijak tenaga ni tak semestinya anda kena bergelap atau berhenti menggunakan peralatan elektrik sama sekali.
Sebenarnya, dengan hanya mengubah beberapa tabiat kecil setiap hari, kita semua dah boleh bantu kurangkan penggunaan elektrik, rendahkan perbelanjaan seisi rumah, dan paling penting, menyokong usaha kelestarian tenaga negara untuk jangka masa panjang!
Geng Tak Boleh Hidup Tanpa Aircond, Sila Ambil Perhatian!

Cuaca kat Malaysia ni memang kadang-kadang tak membawang tak sah, panas dia lain macam! Tapi kalau nak "on" aircond, pastikan anda buat cara yang betul:
- Set suhu antara 24°C hingga 26°C: Ini adalah julat suhu paling efisien untuk penyejukan optimum tanpa membazir tenaga.
- Rajin-rajinlah bersihkan penapis aircond: Habuk yang tebal akan buatkan aircond bekerja berkali ganda lebih keras. Jadi, cuci penapis secara berkala ya!
- Servis tepat pada masanya: Jangan tunggu aircond dah keluar angin suam baru nak panggil technician.
- Tukar ke penyaman udara yang bertaraf 4 atau 5 bintang: Kalau anda ada bajet lebih untuk tukar aircond baru, pelaburan untuk jenis penyaman udara yang bertaraf 4 atau 5 bintang kecekapan tenaga memang sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Maksimumkan Pencahayaan Semulajadi dan Lampu LED

Siang hari kalau boleh tak payahlah buka lampu satu rumah, gais.
- Guna langsir nipis (day curtains): Cara ni membolehkan cahaya matahari masuk menerangi rumah tanpa membuatkan ruang dalaman jadi terlalu panas.
- Bertukar ke mentol LED: Lampu LED terbukti menggunakan tenaga yang jauh lebih sedikit dan tahan lebih lama berbanding mentol konvensional.
Tabiat 'Suis Off' Yang Ramai Selalu Terlepas Pandang

Anda tahu tak, walaupun anda tak guna barang elektrik tu, selagi suis tak ditutup, elektrik tetap berjalan slow-slow?
- Tutup suis bila keluar bilik atau rumah: Jangan biarkan lampu atau kipas berpusing sendiri melayan dinding.
- Tutup suis peralatan yang tak digunakan: Microwave, mesin kopi, atau charger laptop yang tidak ditutup suisnya sebenarnya masih boleh menarik arus elektrik statik.
- Senggara barangan elektrik lain: Pastikan peti sejuk, microwave dan mesin basuh anda sentiasa dalam keadaan bersih dan berfungsi baik supaya ia tak guna tenaga berlebihan.
Guna Elektrik Ikut Waktu 'Off-Peak' Melalui Skim Time of Use

Ini satu lagi rahsia yang ramai tak tahu! Anda sebenarnya boleh jimatkan bil elektrik melalui pemilihan Skim Time of Use (ToU).
Skim ni menawarkan kadar tarif elektrik yang jauh lebih murah pada waktu bukan puncak (off-peak hours), iaitu dari 10 malam hingga 2 petang (setiap Isnin hingga Jumaat) dan setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad)
Jadualkan penggunaan peralatan elektrik yang anda tahu guna banyak tenaga seperti mesin basuh, dryer baju atau water heater pada waktu off-peak ini. Anda boleh jimat sekitar 5% hingga 10% untuk bil bulanan rumah anda!
Untung Double! Ada Insentif Ekstra Kalau Penggunaan Elektrik Rendah
Menurut Suruhanjaya Tenaga, konsistensi anda dalam menjaga penggunaan elektrik harian juga akan melayakkan anda menerima insentif menarik:
- Penggunaan 1,000kWh ke bawah sebulan: Anda secara automatik layak untuk Insentif Cekap Tenaga yang memberikan rebat terus pada bil elektrik anda. Untung teruk!
- Penggunaan 600kWh ke bawah sebulan: Anda akan dikecualikan daripada pelarasan kos bahan api. Maknanya, bil anda takkan terkesan dengan turun naik harga bahan api global. Selain itu, anda juga dikecualikan daripada dikenakan SST dan caj peruncitan. Memang jimat berganda!!
Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah kita mula ubah tabiat harian bermula hari ini. Jangan lupa untuk download aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik anda secara real-time, dan ikuti socmed Suruhanjaya Tenaga untuk lebih banyak tips penjimatan yang mantap!bih banyak tips penjimatan yang mantap!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

