Belanja Kurang RM3 Ribu, Wanita Kongsi Buat Majlis Kahwin Berkonsepkan Hi-Tea. Jimatnya!
Selain dapat berjimat-cermat, majlis ala Hi-Tea ini juga menggalakkan para tetamu untuk mengikut timing majlis tersebut.
Bila bercakap tentang majlis perkahwinan ini, adalah lebih baik sekiranya kita utamakan yang penting
Iya, kahwin itu sekali seumur hidup. Namun, ramai anak muda yang sanggup bergolok-gadai dan berhutang demi sebuah majlis perkahwinan yang besar lagi gemilang.
Prinsip begitu usah diturutkan kerana kelak diri sendiri juga yang akan menyesal. Disebabkan majlis yang sekali seumur hidup itu, diri sendiri pula nanti pening memikirkan hutang keliling pinggang.
Menerusi laman Twitter, seorang wanita telah berkongsikan bagaimana dia hanya menghabiskan kurang daripada RM3 ribu untuk majlis perkahwinannya
Caranya? Dengan menggunakan konsep Hi-Tea!
Menggelarkan dirinya Sis Nad, wanita yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan itu hanya menjemput 200 orang sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat untuk memeriahkan majlisnya.
Menerusi rangkaian tweet, Sis Nad telah berkongsikan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan buat mereka yang berminat untuk membuat majlis perkahwinan seumpamanya
Lebih-lebih lagi kerana majlis perkahwinan turut melibatkan ibu bapa pasangan pangantin, maka perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu.
Ekoran memilih majlis berkonsepkan Hi-Tea, majlis itu hanya berlangsung pada waktu petang termasuklah atur cara perarakan masuk pasangan mempelai.
Disebabkan semuanya perlu dihabiskan pada waktu petang, maka jumlah tetamu perlu dikawal bagi memastikan majlis berlangsung dengan tertib dan teratur.
Mengadakan majlis berkongsikan Hi-Tea atau minum petang ini juga membolehkan pengantin untuk berjimat dari segi perbelanjaan lokasi kerana banyak event space serta restoran yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Bahkan Sis Nad turut menyarankan untuk memilih lokasi yang menyediakan servis penyediaan makanan yang hidangannya sedikit kerana jumlah tetamu yang tidak ramai.
Bukan itu sahaja, mengadakan majlis pada belah petang juga tidak memerlukan pengantin untuk menjamu tetamu dengan makanan yang terlalu berat serta berlauk. Memang satu bonus di situ!
Akhir sekali dan paling penting buat pengantin yang ingin membuat majlis berkongsepkan Hi-Tea adalah untuk memaklumkan terlebih dahulu tentang aturcara majlis serta tema kepada para jemputan di dalam kad undangan.
Selain tampak meriah, kaedah ini juga membolehkan para tetamu untuk mengikut timing majlis tersebut.
Inginkan mood yang lebih romantik untuk majlis perkahwinan? Senang sahaja, mainkan sahaja lagu-lagu bernada instrumental sepanjang majlis berlangsung.
Buat bakal pasangan pengantin yang telah terinspirasi dengan majlis perkahwinan berkonsepkan Hi-Tea ini bolehlah mengikut kesemua pointers yang sudah diberi Sis Nad!