“Tak Payah Tunggu Covid-19 Pun Boleh Mati Tengok Lagu Kau Kri.” - Bonda Aliff Syukri
Kan dah kena bebel.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri telah berkongsikan teaser muzik video lagu terbarunya di Instagram yang dijangka bakal dilancarkan Jumaat ini
Seperti biasa, percubaan usahawan itu untuk mengaktifkan diri dalam bidang nyanyian kurang mendapat reaksi yang positif dalam kalangan netizen seluruh Malaysia.
Apatah lagi, pada teaser yang dikongsikan Aliff baru-baru ini, dia seperti mengeluarkan air mata darah bagi menggambarkan kisah hati serta jiwanya yang sering mendapat kritikan daripada orang ramai.
Gelagat serta perkembangan terbaru jutawan kosmetik itu bagaimanapun turut mendapat reaksi negatif dari bondanya sendiri, iaitu Rozita Ibrahim.
Buat pertama kali, Rozita yang juga merupakan pengasas kepada produk Sendayu Tinggi meluahkan perasaan terhadap anaknya itu di Instagram, semalam
Seakan sudah hilang sabar dengan perilaku anaknya itu, Rozita berkata hatinya sudah terlalu sakit dengan satu demi satu masalah yang dilakukan Aliff sebelum ini.
Sempat memohon maaf kepada anaknya, Rozita turut berkata setiap perbuatan yang dilakukan oleh Aliff sebenarnya turut terkait dengan dirinya apabila orang luar akan beranggapan bahawa dia tidak pandai dalam mendidik anak-anak.
“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak ni yang tak pandai jaga anak.
“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah. Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.
“Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik ikut macam itu. Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?" katanya dalam video tersebut.
Bukan itu sahaja menerusi video itu, Rozita turut berharap agar Aliff dapat berhenti dari melakukan perkara yang tidak disenangi ramai bagi menjaga maruah ibu bapa, adik-beradik serta anak-anaknya.
“Pandang maruah kami semua. Siapa? mak ayah, adik-beradik dan anak-anak kamu, Syukri. Mak sayang kamu," katanya lagi.
Perkongsian video yang dibuat wanita itu turut mendapat perhatian dan reaksi para pengikutnya di Instagram