Malaysia Airlines Dinobat ‘Best Airline Staff In Asia’ & Kru Kabin No. 3 Terbaik Dunia Skytrax

Malaysia Airlines berjaya melonjak enam anak tangga ke kedudukan ke-21 dalam senarai World's Best Airline.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Airlines

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia Airlines terus mencatat pencapaian cemerlang di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "Best Airline Staff in Asia" pada anugerah berprestij Skytrax World Airline Awards 2026 baru-baru ini

Lebih membanggakan, barisan kru kabin syarikat penerbangan nasional itu berjaya melonjak lima tangga untuk berada di kedudukan ketiga terbaik dunia menerusi kategori World's Best Airline Cabin Crew, berbanding tangga ke-8 pada tahun 2025.

Secara keseluruhan, Malaysia Airlines melonjak enam anak tangga ke kedudukan ke-21 dalam senarai World's Best Airline, mencerminkan kemajuan berterusan dalam pelan transformasinya yang disokong pelaburan dalam modal insan, produk, armada, rangkaian dan penawaran pelanggan.

SAYS.com
Image via Malaysia Airlines

Malaysia Airlines turut melakar keputusan kukuh menerusi pelbagai kategori lain pada anugerah tahun ini, termasuk:

  • #1 Best Airline Staff in Asia (naik 6 tangga)
  • #2 World's Best Airport Services (naik 4 tangga)
  • #3 World's Best Cabin Crew (naik 5 tangga)
  • #10 Best Airlines in Asia
  • #11 World's Cleanest Airline (naik 1 tangga)
  • #12 World's Best Economy Class Airlines (naik 4 tangga)
  • #18 World's Best Business Class Airlines (kemunculan baharu)
  • #21 World's Best Airline (naik 6 tangga)

Pencapaian didorong oleh pelbagai inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, pengiktirafan ini merupakan refleksi daripada usaha kolektif seluruh warga kerja syarikat penerbangan berkenaan di lapangan terbang, dalam penerbangan, dan di sebalik tabir yang sentiasa memberikan perkhidmatan Malaysian Hospitality. Pencapaian ini menjadi ganjaran secara langsung atas komitmen serta perkhidmatan ikhlas yang dibawakan oleh warga kerja syarikat.

Pencapaian ini didorong oleh pelbagai inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu. Ia merangkumi latihan hospitaliti khas untuk petugas barisan hadapan, penetapan piawaian perkhidmatan baharu, serta lebih 20 penambahbaikan pada pelbagai titik sentuhan pelanggan (customer touchpoints).

Antaranya penambahbaikan kualiti penampilan kru kabin, ucapan perpisahan peribadi oleh juruterbang, tawaran baju tidur dan kit kemudahan baharu bagi Kelas Perniagaan dan Business Suite, serta inisiatif mesra keluarga seperti edaran pelekat kanak-kanak. Menu dalam penerbangan turut diperbaharui menerusi putaran bulanan dengan lebih 30 sajian baharu seperti Sate Vegetarian dan Cendol Ais.

SAYS.com
Image via Malaysia Airlines

Bagi menyokong pertumbuhan rangkaian, Malaysia Airlines meneruskan program pemodenan armada dengan menerima 29 pesawat baharu setakat ini, berasaskan sasaran membina 117 pesawat moden menjelang tahun 2035. Syarikat turut mengekalkan prestasi ketepatan masa (On-Time Performance) pada purata 91.38% sepanjang tahun ini, mengatasi sasaran yang ditetapkan.

Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0) MAG yang menyasarkan kedudukan Malaysia Airlines dalam kelompok 10 Syarikat Penerbangan Global Terbaik menjelang tahun 2030, sekali gus memperkukuh peranannya dalam membawa nama dan kebanggaan negara di persada antarabangsa.

SAYS.com
Image via M Abd Hafiz​ via Malaysia Airlines

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: