seismik

Bayi Berumur 1 Tahun Maut Akibat Covid-19 & Malaysia Catat 691 Kes Positif Hari Ini

688 penularan tempatan, 3 kes import.

Cover image via The Star

Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini

Image via NST

Jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Menurut laporan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya tiga kes import.

"Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

"Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal. Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran," katanya.

Seorang bayi lelaki berumur 1 tahun meninggal dunia pada pukul 4.25 petang semalam

Dalam masa 24 jam sahaja, Malaysia juga melaporkan empat kematian, menjadikan jumlah kematian 141.

Salah satu kematian termasuk seorang rakyat Malaysia berusia satu tahun, yang keadaannya bertambah buruk setelah dimasukkan ke hospital pada 1 Oktober dan memerlukan bantuan ventilator.

Bayi lelaki (Kes 12,432)  itu meninggal dunia pada pukul 4.25 petang pada hari Isnin, 5 Oktober 2020.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: