seismik

"Dilarang Keluar, Masuk Sabah Mulai 7 Oktober" - Datuk Seri Ismail Sabri

Pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan dan perkhidmatan sahaja.

Cover image via NST & Berita Harian

Kerajaan mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula esok (7 Oktober) sehingga 20 Oktober ini

Image via The Star

Menurut laporan, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekatan itu bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Bagaimanapun, katanya, pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan dan perkhidmatan perlu dengan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing

"Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.

"Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM," katanya.

Tambahnya lagi, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Image via Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: