seismik

Malaysia Catat Lagi Rekod Tertinggi Dengan 432 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Cover image via Malay Mail

Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini

Image via Malay Mail

Jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Menurut laporan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Terdapat 57 kes yang pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,340 kes

"Sehingga kini, 32 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: