seismik

[GEMPAR] Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19!

Bahaya Covid-19 ini, cepat sangat berjangkit.

Cover image via The Sun Daily

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19

Selepas satu-satu kita mendengar kes positif Covid-19 yang berjangkit. Kali ini, Datuk Seri Dr Zulkifli pula yang mengesahkannya.

Menerusi laman Twitter miliknya, beliau mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Difahamkan beliau dijadualkan hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini namun, tidak dapat menghadiri program berkenaan. 

Image via Astro Awani

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya, " katanya.

Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status jangkitan Covid-19 di Malaysia dari semasa ke semasa secara kenyataan media rasmi KKM.

Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Jaga social distancing korang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: