seismik

"Serius Aku Masih Macam Tak Percaya" - Wartawan Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Sabah

Begitulah kemungkinan yang perlu ditanggung apabila menghadiri tempat yang berisiko tinggi dengan Covid-19.

Cover image via Azrul Affandi (Facebook)

Pengalaman berada dalam wad isolasi Covid-19 bukan satu perkara yang diimpikan, termasuk wartawan

Pilihan Raya Sabah (PRN) sudah pun berakhir. Seperti diketahui umum, mereka yang baru pulang dari Sabah hendaklah melakukan ujian saringan Covid-19 memandangkan negeri itu adalah kes yang tertinggi setakat ini.

Tidak kira orang biasa atau atasan, SOP perlu diamalkan dan patuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Hari ini, seorang wartawan telah pun disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan di Sabah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Azrul Affandi, beliau memuat naik foto hari pertama berada dalam wad isolasi selepas disahkan positif Covid-19.

Beliau sendiri tidak menyangka dan terkejut apabila disahkan positif Covid-19.

"Sejak PKP bermula 18 Mac saya tak pernah berhenti buat live pasal Covid-19 sampaikan saya digelar Cikgu Covid. Tapi hari ini, saya diuji apabila saya pula positif Covid. Doakan saya sihat dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

"Serius aku masih macam tak percaya. Selama ini aku yang paling lantang berbicara mengenai Covid dan hari ini aku menjadi mangsa tentera virus ini"

Begitulah kepentingan menjaga kebersihan dan penjarakkan sosial kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti oleh virus berbahaya ini.

Ikuti perkongsian beliau tersebut:

5/10/2020

Pagi pertama di wad Covid, Sungai Buloh.

Wad isolasi ini bukan macam ward biasa. Ia lebih kepada satu bilik yang mengasingkan pesakit covid sebelum dipastikan samada perlu dipindahkan ke wad rawatan jika sangat memerlukan. Ramai dalam wad ni. Adalah lebih 50 orang. Muda-muda semuanya. Adalah sorang dua yang aku rasa berusia 50an. Mungkin warga emas diletak di wad lain.

2 petang (Katil 33, wad 43)

Baru beberapa jam dalam wad ini, banyak sekali kisah menarik rakan senasib, mangsa tentera Covid yang dapat aku kutip. Ramai juga sebenarnya senasib denganku yang mana dijangkiti C19 ketika berada di Sabah. Boleh dikatakan, daripada 5 kes yang aku dengar, 4 dari Sabah.

Paling sadis, ada yang tidak sedar mereka dijangkiti, sudah masuk kerja sebab swab test negatif tapi tiba-tiba bergejala dan selepas saringan semula, positif pula. Tuan badan bercerita dengan sedikit kecewa kerana dia risau apa pula nasib rakan sekerja. Tapi bukan salah dia. Keputusan awal memang negatif.

Ada pula yang hanya sehari di Sabah, cover event Menteri, dah dijangkiti. Sempat lagi dia bergurau dengan aku. Katanya, kalau abang tak kena, tak aci sebab abang dekat sabah 20 hari. Saya ni sehari je di Sabah pun dah positif. Ketawa saja aku mendengarnya.

Azrul Affandi dihantar bertugas membuat liputan pada PRN Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 1 Oktober lalu. Terdahulu, beberapa ahli politik turut disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Amalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial guys sebab penyakit ini boleh ada tanpa kita sedar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: