Malaysia Disaran Contohi Pendekatan Kerajaan Jepun Tangani Isu Kematian Sunyi Warga Emas

Pangkalan data bersepadu disaran perlu diwujudkan bagi warga emas yang tinggal bersendirian.

Cover ImageCover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia boleh mencontohi Jepun dalam menangani fenomena kematian sunyi atau kodokushi menerusi penggunaan teknologi pemantauan kesihatan, penjagaan komuniti dan pangkalan data bersepadu bagi warga emas yang tinggal bersendirian

Menurut laporan Kosmo!, Pensyarah Kanan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Hapsah Md Yusof berkata, Jepun menggunakan pelbagai pendekatan termasuk lawatan berkala dan pendaftaran warga emas di peringkat pihak berkuasa tempatan.

"Pengalaman Jepun menangani fenomena kodokushi atau kematian bersendirian menunjukkan teknologi perlu bergerak seiring dengan sistem penjagaan komuniti, lawatan berkala serta pendaftaran warga emas di peringkat pihak berkuasa tempatan," katanya.

Menurut beliau, teknologi pemantauan digunakan di pusat jagaan Jepun untuk memantau kesihatan dan aktiviti harian warga emas.

Di Malaysia, jam tangan pintar yang memantau kadar degupan jantung dan tekanan darah sudah tersedia, namun teknologi khusus untuk mengesan kejadian kecemasan masih diperlukan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Peranti berkenaan juga perlu dihubungkan dengan aplikasi yang membolehkan ahli keluarga, penjaga, pusat jagaan atau petugas kecemasan menerima amaran segera jika berlaku perubahan mendadak pada kesihatan atau pergerakan warga emas.

Hapsah berkata, ciri pengesanan jatuh penting memandangkan kajian kesihatan awam tempatan merekodkan kadar kejadian jatuh dalam kalangan warga emas antara 4.07 hingga 14.1 peratus. Risiko itu juga lebih dua kali ganda bagi mereka yang tinggal bersendirian berbanding yang tinggal bersama keluarga.

Kajian di sebuah pusat perubatan tempatan turut mendapati 24 peratus pesakit warga emas yang mengalami kejadian jatuh meninggal dunia dalam tempoh setahun akibat komplikasi berkaitan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Selain itu, beliau mencadangkan pangkalan data bersepadu diwujudkan bagi warga emas yang tinggal bersendirian dengan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan serta kepimpinan komuniti.

Katanya, maklumat mengenai warga emas yang ditemukan meninggal dunia bersendirian kini masih direkodkan secara berasingan mengikut bidang kuasa setiap agensi, sekali gus menyukarkan penyelarasan tindakan susulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: