seismik

Malaysia Ranking Tertinggi Pornografi Kanak-Kanak 'Online' Di Asia Tenggara

Hampir 20,000 alamat IP adalah dari Malaysia.

Cover image via SAYS

Percaya atau tidak, Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara dalam pornografi kanak-kanak

Menurut pihak berkuasa, Malaysia adalah negara yang paling aktif dalam aktiviti memuat naik dan memuat turun visual pornografi kanak-kanak apabila mencatat bacaan alamat IP tertinggi.

Laporan dari MStar Online mendedahkan sebanyak 17,338 alamat IP melibatkan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.

Statistik menunjukkan lebih 60 peratus kanak-kanak masa kini mempunyai smartphone dan gemar meluangkan masa dengan bersosial di alam maya

Image via says.com

Difahamkan, sebanyak 51 peratus kanak-kanak berusia antara 13 hingga 15 tahun berkawan dengan penjenayah menerusi aplikasi WeChat, Facebook, WhatsApp dan Beetalk.

Ini merupakan salah satu punca mengapa kanak-kanak sekarang mudah jatuh ke tangan penjenayah melalui dalam talian.

Sebelum 2014, secara purata seramai 60 kanak-kanak mendapat serangan seksual. Angka itu kemudian meningkat kepada 184 pada 2015 dan 183 pada 2016, manakala 2017 pula seramai 117 kanak-kanak setakat Mei tahun lalu.

Lebih membimbangkan, kebanyakan ibu bapa di Malaysia membiarkan anak mereka menggunakan smartphone tanpa pemantauan

Statistik turut mendedahkan hanya 35.6 peratus ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka.

Kajian juga mendapati bahawa 60% kanak-kanak perempuan dan 40% kanak-kanak lelaki tidak berasa ragu-ragu untuk bertemu dengan strangers yang mereka kenal melalui Internet

Image via ohbulan.com

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (Unicef) menunjukkan lebih 60 peratus kanak-kanak atau remaja meluangkan masa di media sosial setiap hari.

Aktivis daripada badan bukan kerajaan PS The Children, Chen Pei Ling berkata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang dikaji dalam sebuah seminar mengaku berjumpa dengan 'teman lelaki' yang tidak pernah ditemui mereka sebelum ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nampak, Malaysia dah naik carta:

Pernah dengar tentang pemetik kobis di Korea gaji RM11k? BACA SINI:

You may be interested in: