Malaysia Techlympics 2026 Catat Rekod MBOR, Pahang Dinobat Sebagai Juara Keseluruhan

Edisi tahun ini berjaya mencatat rekod luar biasa sebanyak 3.19 juta penyertaan di seluruh negara.

Cover ImageCover image via Malaysia Techlympics

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kontinjen Pahang dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada saingan Peringkat Akhir Kebangsaan Malaysia Techlympics 2026 yang melabuhkan tirainya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, baru-baru ini

Kejayaan cemerlang itu menyaksikan Pahang membawa pulang lima pingat emas, menewaskan Selangor yang berpuas hati di tempat kedua, manakala Melaka menduduki tempat ketiga. Sementara itu, Kelantan pula diumumkan sebagai negeri yang merekodkan penyertaan tertinggi sepanjang penganjuran program dari Jun hingga November lalu dengan jumlah keseluruhan 1.06 juta penyertaan.

Secara keseluruhan, edisi tahun ini berjaya mencatat rekod luar biasa sebanyak 3.19 juta penyertaan di seluruh negara, sekaligus membuktikan minat yang semakin mendalam dalam kalangan generasi muda terhadap bidang sains dan teknologi.

SAYS.com

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang

Image via Malaysia Techlympics

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, sambutan menggalakkan itu membuktikan keberkesanan Malaysia Techlympics sebagai platform utama dalam menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Beliau menegaskan bahawa keutamaan kementerian adalah untuk memastikan akses yang saksama kepada setiap pelajar, termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar, agar tidak ketinggalan meneroka bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI) demi merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Terima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori "Penglibatan Agentic AI Sebagai Ahli Aktif Pasukan Pertandingan"

SAYS.com
Image via Malaysia Techlympics
  • Saingan Peringkat Akhir: Melibatkan 54 pertandingan fizikal dan dalam talian termasuk Cabaran Robot Tempur, Inovasi AI Malaysia, reka bentuk tiga dimensi (3D), siasatan jenayah, dan pengendalian dron, serta penyertaan inklusif murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi Cabaran Mencipta Robot dan InnovaTech.
  • Penyertaan Antarabangsa: Segmen World Techlympics menyaksikan peserta luar negara berentap bersama bakat tempatan, dengan kontinjen Kemboja berjaya menjuarai kategori Crime Scene Investigation.

ㅤ

Dalam pada itu, Chang turut menyuarakan hasrat untuk mengangkat Malaysia Techlympics ke pentas global sebagai acara utama serantau kerana interaksi bersama peserta luar negara mampu menyemarakkan lagi daya saing serta minat pelajar terhadap bidang STEM.

Berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 November lalu, pentas akhir berkenaan turut dihimpunkan bersama Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Finale dan enam program satelit di bawah Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (E-STI 2026) bagi memperluas pembudayaan sains dalam kalangan masyarakat.

SAYS.com
Image via Malaysia Techlympics

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS