Mana Bro? Jumpa Bro-Bro Kental Bawa Nissan Navara PRO-4X!
Episod Mana Bro? kali ini Zaidi Aziz nak bawa korang berjumpa dengan brader 4x4!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Nissan.
Memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) dalam hutan dengan mendaki bukit bukau, menuruni lembah, menyusuri laluan lori balak, meredah anak sungai, memang satu pengembaraan yang menyeronokkan walaupun tidak dinafikan cabarannya juga besar
Untuk itu, episod Mana Bro? kali ini Zaidi Aziz nak bawa korang berjumpa sendiri dengan brader 4x4!
Selalu drive MPV je, jadi Mana Bro? nak test drive Navara PRO-4X pula, iaitu keluaran Nissan.
Tapi Mana Bro? bukan sahaja nak test drive 4x4 ni tau, tapi nak bawa korang juga jumpa komuniti 4WD yang memiliki Nissan PRO-4X yang telah diubahsuai.
Nissan Navara PRO-4X - Trak 4x4 untuk korang yang adventurous!
Nissan Navara PRO-4X merupakan satu-satunya trak 4x4 di Malaysia yang menggunakan rear multi-link suspension ala SUV.
Apa yang best tentang trak pikap ini adalah lasak, keselesaan dan serba boleh, seperti keupayaan luar jalan dengan pelepasan tanah yang tinggi, sudut pendekatan yang memuaskan naik turun cerun yang curam. Memang layan untuk pemandu yang menyukai cabaran seperti jalan off-road!
Trak pikap yang lasak ini mampu membawa muatan lebih 1,000kg. Suspensi yang mantap tetapi tidak mengabaikan keselesaan pemandu dan penumpang serta ruang dalaman yang luas dan serba lengkap untuk perjalanan yang selesa.
Nissan Navara PRO-4X juga dilengkapi skrin sentuh dan mempunyai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti amaran prarempuhan, brek prarempuhan serta amaran keluar laluan.
Selain itu, trak pikap ini turut dilengkapi dengan kawalan dinamik kenderaan, kawalan menuruni bukit, active brake limited slip, bantuan daki bukit dan trailer sway assist. Memang tiada yang mustahil baginya untuk korang tempuhi cabaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nissan Navara PRO-4X, layari laman web Nissan di www.nissan.com.my atau kunjungi bilik pameran Nissan terdekat korang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!