Margasatwa Pertaruhkan ‘Infusion’ Budaya Malaysia Serta Nilai Sastera Tinggi Dalam Muzik
Muzik mereka memberi nafas baru dalam arena muzik tempatan.
Margasatwa memberi satu nafas baru dalam arena muzik tempatan dengan menjadikan genre muzik tradisional sebagai pati bagi muzik mereka
Kumpulan muzik Margasatwa yang diterajui oleh lima orang pemuda Kimal (vokalis), Shadiq (bassist), Syahir (drummer), Shahir (guitar kedua) dan Fadil (guitar utama) ini meletakkan muzik asli seperti keroncong dan inang sebagai satu keperluan dalam karya mereka.
Latar belakang ahli kumpulan ini rata-ratanya berbeza dari segi minat muzik mereka dan bagi mereka itulah kekuatan mereka, keunikan itu yang menzahirkan muzik yang menggambarkan kumpulan ini.
Bercakap kepada SAYS, mereka menyatakan yang terpenting buat mereka adalah penceritaan ketika membuat persembahan. Menurut vokalisnya Kimal, "Menonton persembahan kami boleh jadi seperti anda sedang menonton teater."
Pada akhir tahun lepas, kumpulan ini menjadi artis di bawah naungan Luncai Emas yang merupakan label rekod kepunyaan sifu M.Nasir
Menurut TheLevel, walaupun kumpulan ini masih dikira baru dalam industri, mereka diserap ke dalam syarikat berikut atas sebab DNA kumpulan ini sangat sesuai dengan syarikat tersebut.
Karya mereka mementingkan kualiti muzik serta nilai sastera yang tinggi bagi semua peminat muzik tanah air.
Single terbaru mereka yang bertajuk 'Ego' ini memaparkan bait lirik yang sangat mendalam serta berkias
"Diperbincangan haluan hidup kita
Tinggi egomu turunnya teramat lambat
Walau mulutku berontak
Namun hakikatnya aku bimbang"
Lirik lagu ini seolah menceritakan sesebuah hubungan yang berantakan disebabkan ego seseorang.
Menurut vokalis kumpulan ini, lagu ini diilhamkan daripada pengalaman hidupnya sendiri di mana abangnya telah terjerumus ke lembah dadah dan meletakkan keluarganya dalam bahaya.
Lagu ini pula ditulis selepas adanya pertelingkahan di antara mereka.
Yang pasti, single ini memang memberikan satu kelainan dalam industri muzik tanah air!
Lagu yang berentak perlahan ini memang senang diingati dan mempunyai hook yang tersendiri.
Tak lupa juga, lagu ini memang sangat relateable untuk semua orang yang mendengarnya. Bak kata pemain bass kumpulan ini Shadiq, “Lagu ni memang untuk semua orang yang ada ego,” dengan nada bercanda.
Sekali dengar lagu ini memang automatik jadi #Wargasatwa.
Sementara itu, jom kita layan lagu 'Ego' dulu!
Bagi yang ingin ketahui update serta persembahan mereka yang seterusnya boleh pergi ke website rasmi mereka: margasatwa.net serta laman Twitter @Mrgstwa dan Instagram @Margasatwa.bunyi
Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist, dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanah air.
Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!