Mark Wahlberg Dipercayai Sedang Jalani Penggambaran Di Pulau Pinang
Transformers Kelisa?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon popular dari Amerika Syarikat, Mark Wahlberg dikesan berada di Pulau Pinang menjalani penggambaran filem terbaharunya
Menerusi laporan Harian Metro, penggambaran yang difahamkan untuk filem Netflix berjudul The Big Fix ini dijangka membabitkan beberapa lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang.
Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A Rajendran memberitahu penggambaran sudah bermula pada Jumaat lalu dan dijangka berterusan selama kira-kira dua minggu.
Beliau memaklumkan antara lokasi yang terlibat termasuklah Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Stadium Batu Kawan dan Padang Macallum.
Produksi yang diselaraskan di peringkat tempatan oleh Biscuit Films itu melihatkan Wahlberg bergandingan bersama aktor Britain, Riz Ahmed.
Video proses penggambaran tular dalam talian
Sesi penggambaran itu mula mendapat perhatian ramai rakaman video memaparkan Wahlberg berada di lokasi penggambaran di Lebuh Melayu, George Town tular di media sosial.
Pelakon Hollywood itu dilihat berdiri di sebelah sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna perak sambil dikelilingi oleh kenderaan dan kru produksi.
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac turut mengesahkan kehadiran produksi berkenaan di Malaysia menerusi sebuah komen pada perkongsian video yang tular itu.
Produksi Netflix ini difahamkan menjalankan penggambaran utama di Sydney, dengan beberapa babak tambahan dirakam di beberapa buah negara, termasuk Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via