seismik

Walaupun Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari, Filem 'Mat Moto' Tetap Dihentam Orang Ramai

Kutipan tinggi tapi lagi ramai orang kutuk. Peliknya.

Cover image via SAYS

Bila dengarkan tajuk 'Mat Moto', terus anggap filem ni macam filem Melayu typical lain yang tak mendapat sambutan dan hambar

Image via imgur.com

Bila tengok pada poster filem, mungkin ramai yang akan rasa tak tertarik. Sebab dah terlalu banyak dah filem-filem sebelum ni yang memfokuskan kepada kehidupan seorang mat moto.

Ditambah pula dengan tagline 'Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit', tarikan yang ada pada filem ini memang tak cukup kuat.

Tapi harus diakui, barisan pelakon utama filem ini semuanya "ada isi". Antaranya seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Rosyam Nor, dan Zulhuzaimy yang mana semua pun cukup popular.

Untuk trailer filem pula, tidak ada apa-apa yang istimewa. Babak-babak lumba motor juga seperti sudah sinonim dengan kebanyakan filem bergenre sama sebelum ini.

TETAPI....

Baru saja sehari ditayangkan, filem Mat Moto sudah berjaya mengaut RM1 juta kutipan di pawagam. WOW! Tiada siapa yang sangka perkara ini boleh berlaku.

Dan selepas empat hari tayangan, Mat Moto dapat kutip lebih RM3 juta! Ok now we're talking.

Image via tumblr.com

Filem Mat Moto meraih RM3 juta dalam tempoh empat hari, sekali gus menunjukkan permulaan yang baik buat industri filem perfileman tempatan bagi 2016.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata maklum balas yang dibuktikan menerusi kutipan memberangsangkan itu bukan sekadar petanda positif kepada Skop Productions, malah terhadap filem Melayu keseluruhan.

Secara langsung ia menandakan sokongan kaki wayang dan masyarakat yang masih tidak berbelah bagi, namun mengharapkan produk berbeza disajikan di layar perak.

bharian.com.my

"Percubaan kami nyata membuahkan hasil," kata Datuk Yusof Haslam.

Datuk Yusof Haslam (kanan), bersama Pekin Ibrahim, Syafiq Yusof, dan Falisha Crossley.

Image via Instagram @falishacrossley

"Saya akui sebagai orang baharu tentu ada kekurangan dan sebab itu Pekin Ibrahim digabungkan dengan Syafiq. Mungkin pendekatan yang berbeza daripada filem Skop terdahulu selain kisah dihidangkan membuatkan penonton teruja melihat hasilnya.

"Percubaan kami nyata membuahkan hasil. Sebagai penerbit, saya percaya kita perlu bagi peluang kepada muka baharu dan pada masa sama mengambil setiap kritikan dengan hati terbuka.

"Secara peribadi, saya juga anggap ini rezeki dua pengarahnya iaitu Pekin selaku sutradara baharu dan rezeki Syafiq yang dikurniakan anak sulung, awal tahun ini," katanya.

bharian.com.my

Namun begitu, walaupun kutipan sangat memberangsangkan, rata-rata netizen nampaknya mengutuk keras filem ini. Ramai yang rasa tertipu dan menyesal, serta menganggap filem ini tak ada kualiti langsung.

Pelik kan?

Kutipan letup-letup tapi lagi ramai orang yang kutuk daripada yang memuji. Kami sendiri rasa hairan.

Image via tumblr.com

Ada siapa-siapa yang dah tengok ke? Cuba share sikit pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca tentang filem OlaBola?

You may be interested in: