"Mat Sabu Menteri Kartun," - DS Najib Razak
DS Najib turut mempersoalan keupayaan Mat Sabu dalam mengetuai portfolio penting iaitu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mempersoalkan kredibiliti Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu untuk mengetuai portfolio penting itu di samping memanggilnya 'kartun'
DS Najib yang merupakan Menteri Pertahanan selama 14 tahun, memberitahu para pengunjung pada acara kempen untuk Barisan Nasional di Sungai Kandis baru-baru ini bahawa Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu, bukanlah seseorang yang memaparkan keyakinan dalam mewakili Malaysia di luar negara.
"Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai beret pun macam kartun. Naik kapal perang cakap tentang kari ikan.
"Anda adalah Menteri Pertahanan. Bercakap tentang dasar pertahanan negara, bukan tentang kari ikan. Ini bukan bahan Menteri Pertahanan. Ini joker," katanya.
DS Najib juga berkata beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan Mat Sabu untuk berdepan dengan rakan-rakan di luar negara, termasuk dengan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat
"Saya tidak jamin Mat Sabu boleh menghadapi setiausaha pertahanan Amerika Syarikat, kerana dia akan bercakap tentang ikan. Setiausaha pertahanan akan sangat terkejut. Dia akan bertanya, 'Apakah standard yang kita ada di Malaysia?' Pelik, orang jenis ini boleh menjadi Menteri," katanya lagi.
Mat Sabu, yang terkenal dengan keupayaannya untuk menarik orang ramai ke ceramah, merupakan antara kumpulan menteri kanan pertama yang dinamakan oleh Perdana Menteri kini, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan pada bulan Mei lalu
Beliau yang juga merupakan Presiden parti AMANAH telah melanjutkan pengajian di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di UiTM.