'Baru Cerai Dah Bersolek' - Mawar Dikecam, Peguam Syarie Perjelas Pantang Larang Iddah
Banyak yang kita tak tahu sebenarnya.
Dalam Islam, wanita yang baru sahaja diceraikan wajib menempuh tempoh `iddah yang telah ditetapkan
Selain diceraikan, iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.
Wanita yang berada dalam tempoh iddah juga dinasihatkan untuk mematuhi beberapa hukum dan pantang larang yang telah digariskan oleh syarak.
Malangnya, ramai wanita masa kini tidak dapat memahami dan menghayati konsep iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam
Bahkan ada juga yang menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.
Baru-baru ini, pengasas jenama Fareeda, Mawar Karim yang baru sahaja diceraikan oleh Fizo Omar dikritik hebat kerana penampilannya dilihat seperti tidak menghormati tempoh iddah yang sedang dijalaninya.
Ramai netizen mengulas bahawa Mawar tidak sepatutnya mengenakan solekan dan tidak dibenarkan keluar dari rumah selama tiga bulan.
Seorang peguam syarie, Fahmi Ramli tampil untuk perjelas tentang pantang larang tempoh iddah yang mungkin ramai masih tidak tahu
Menerusi tulisannya di Facebook, Fahmi berkata ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu tentang perbezaan di antara iddah cerai hidup dan iddah cerai mati, dan apa perlu dibuat jika seseorang itu berada dalam tempoh iddah.
Jadi beliau rasa terpanggil untuk menjelaskan tentang apa sebenarnya itu iddah agar masyarakat lebih peka tentang ilmu agama dan tidak lagi kecam-mengecam antara satu sama lain.
Baca status penuh Fahmi di bawah:
Untuk maklumat lebih lanjut tentang iddah, boleh rujuk laman web rasmi JAKIM di sini.