seismik

Ngeri! Mayat Wanita Ditanam Dalam Simen Bilik Air Di Klang, Selangor

Polis masih mengesan dua lagi suspek yang terlibat.

Cover image via @redzuanNewsMPB (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gempar apabila seorang mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa

Pihak Polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan pada jam 10.58 malam, 3 Disember lalu.

Bomba dan Penyelamat Selangor telah mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan kolam air sebelum menemui mayat wanita di Pandamaran, Klang.

Bomba Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 11.39 malam tadi untuk mengeluarkan satu mayat yang berada di dalam kolah bilik mandi.

Difahamkan, rumah itu pernah disewa dua lelaki warga asing sebelum mereka berpindah keluar, Oktober lalu. Pemilik rumah, berusia 66 tahun kemudian mendapati ada tambahan simen dan bertanyakan tentang hal itu kepada penyewa lama.

Penyewa lama memaklumkan ada bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi dan menyebabkan terpaksa menambah simen.

Namun, disebabkan curiga dengan alasan itu, pemilik rumah telah mengupah orang untuk baiki dan terkejut menemui mayat wanita di dalamnya.

Polis sudah menahan seorang suspek

Pihak Polis telah mehahan seorang lelaki warga asing dan sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang.

Pada masa sama katanya, polis sudah mengenalpasti dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes terbabit.

"Polis kini sedang dalam tindakan mengesan kedua-dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh.

"Siasatan mendapati, pengadu pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, di sini kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.

"Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain pengadu membuat pemeriksaan di kolah mandi di dalam bilik air rumah terbabit dan mendapati kolah mandi itu disimen,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: