seismik

Mayat Kanak-Kanak Lelaki Diawet Di Dalam Tong Ikan, Dibunuh Ibu Dan Teman Lelaki

Sungguh kejam!

Cover image via Harian Metro

KEJAM! Itulah hanya perkataan yang boleh kami gambarkan dengan kejadian kes bunuh seorang kanak-kanak yang dilaporkan Harian Metro pagi tadi

Kejadian berlaku di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah yang mana mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan.

Manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi tadi.

Image via Harian Metro

Sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi tadi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan lanjut.

"Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

"Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat," katanya.

hmetro.com.my
Image via Harian Metro

Wanita dan teman lelakinya yang berusia 34 tahun itu telah ditahan pada jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

"Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu.

"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

hmetro.com.my

Lagi kes bunuh:

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter