seismik

Meet & Greet Pelumba MotoGP™ Bersama Peminat Di KLCC Berlangsung Meriah - Siap Lumba Beca

Acara ini memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk mendekati idola mereka yang dibawakan khas bersempena dengan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024.

Cover image via PETRONAS MOTORSPORTS

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh PETRONAS.

Peminat MotoGP™ di Malaysia mendapat peluang bertemu pelumba kegemaran mereka dalam sesi Meet & Greet di Menara Berkembar PETRONAS KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini

Acara ini memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk mendekati idola mereka yang dibawakan khas bersempena dengan Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Acara berlangsung meriah di foyer Dewan Filharmonik PETRONAS KLCC, di mana peminat hadir dengan memakai pakaian dan aksesori MotoGP™.

Suasana ceria dapat dirasakan apabila peminat berpeluang bergambar bersama pelumba MotoGP™, mencipta kenangan istimewa.

Para peminat MotoGP™ tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan pelumba ketika Meet & Greet.

Image via PETRONAS MOTORSPORTS

Barisan pelumba MotoGP™ dan para peminat bergambar kenangan ketika sesi Meet & Greet.

Image via PETRONAS MOTORSPORTS

Antara peminat yang hadir ketika sesi Meet & Greet bersama pelumba MotoGP™.

Image via PETRONAS MOTORSPORTS

Acara Meet & Greet diakhiri dengan sesi 'perlumbaan beca bersama pelumba MotoGP' dengan para peminat bertuah dan pengamal media tempatan

Sebagai sebahagian daripada kempen #SPEEDPHORIA , acara ini bertujuan meningkatkan semangat peminat MotoGP di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia.

Kehadiran pelumba dari pelbagai pasukan terkenal menarik ramai pengunjung, menunjukkan betapa tingginya minat orang ramai terhadap sukan ini.

Meet & Greet ini bukan sahaja peluang bertemu idola, tetapi juga untuk menyokong dan berkongsi semangat kesukanan perlumbaan motosikal.

Semoga acara seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara peminat dan pelumba, disamping dapat menarik minat lebih ramai terhadap MotoGP di Malaysia.

Pelumba MotoGP™ bergambar kenangan bersama kain sarong di hadapan bangunan Menara Berkembar PETRONAS KLCC, Kuala Lumpur.

Image via PETRONAS MOTORSPORTS

Pelumba MotoGP™ sempat meluangkan masa 'berlumba' beca bersama para peminat bertuah dan pengamal media tempatan.

Image via PETRONAS MOTORSPORTS

Dalam pada itu, saingan perlumbaan MotoGP™ PETRONAS Grand Prix (GP) Malaysia 2024 kali ini menyaksikan pelumba Moto2™ negara, Muhammad Helmi Azman dan seorang lagi pelumba negara Khairul Idham Pawi beraksi menerusi tiket peluang khas (wild card)

Bagi yang tidak mengenali Helmi Azman, dia merupakan bintang yang sedang meningkat naik dan menunjukkan kemahiran yang mengagumkan dalam Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing 2024 dengan menduduki tempat 5 terbaik dalam kedudukan keseluruhan untuk kelas Supersports 600cc.

Malah, prestasinya sepanjang musim mencerminkan dedikasi dan perkembangan dirinya sebagai pelumba, menjadikannya sebagai pesaing yang digeruni dalam kejuaraan tersebut.

Selain itu, anak muda berusia 25 tahun ini mengesahkan bahawa dia menggunakan nombor azimat '55' milik bekas pelumba MotoGP™ negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas terpilih untuk beraksi atas tiket 'wildcard' Moto2™ Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) hujung minggu baru-baru ini.

Muhammad Helmi Azman

Image via Petronas MIE Honda Racing Team

Pelumba Moto2 negara, Helmi Azman dari PETRONAS MIE Racing RW.

Image via Petronas MIE Honda Racing Team

Mencipta Juara: Dari Akar Umbi ke Pentas MotoGP™

Sementara itu, Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP sering dianggap sebagai salah satu bakat terunggul dalam sukan permotoran Malaysia.

Anak muda berusia 26 tahun ini mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix dalam kategori Moto3™, kemenangan yang luar biasa di Grand Prix Argentina serta Grand Prix Jerman pada tahun 2016.

Dari sudut fizikal dan mental, Super KIP berkata penampilannya beraksi secara sepenuhnya di perlumbaan WorldSSP di Kejuaraan Superbike Dunia tahun ini memberinya kelebihan dari sudut itu untuk beraksi dalam kategori Moto2™.

Khairul Idham Pawi

Image via Petronas MIE Honda Racing Team

Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP turut beraksi dalam kategori Moto2™.

Image via Petronas MIE Honda Racing Team

Terlepas perlumbaan hujung minggu? Anda boleh terus mengikuti perkembangan legasi PETRONAS dalam sukan permotoran dan inisiatif pembangunan di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik