seismik

"Melawan Hukum" - Wanita Selamba Tangkap Lipas Pakai Tangan Buat Netizen Tak Keruan

Oh no!

Cover image via @syieraazmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ramai di sini memang takut akan lipas bukan?

Tambahan lagi, kalau lipas itu jenis yang terbang. Memang jadi tak keruan kita nak elak dan larikan diri. Ada yang memang sediakan Ridsects dulu dan tinggal spray saja ke arah lipas untuk bunuh mereka. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis selamba menangkap lipas dengan tangan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang lain pakai spray, dia tangkap pakai tangan

Menerus video berkenaan, kelihatan ada seekor lipas besar yang berada di tingkap rumah seorang gadis.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis itu selamba membunuh lipas dengan menangkap menggunakan tangan.

Perkara itu membuatkan ramai geli dan menjadi tak keruan. Malah, ada juga tidak sangka gadis tersebut seberani itu untuk berbuat sedemikian.

"Lipas pun terkejut awak tangkap dia macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 135K tontonan, 5K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut melihat aksi gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia yang tangkap, kita kat sini pula yang menggelibas! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik