seismik

"Memang Ada Bau Busuk" - Pengunjung Car Boot Sale Terkejut Temui Mayat Lelaki Dalam Kereta

Difahamkan, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari lima hari.

Cover image via @ciraplaici (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tapak 'car boot sale' di Kota Damansara, Petaling Jaya dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta pada pagi Ahad oleh orang ramai

Penemuan yang mengejutkan itu dikongsikan oleh seorang peserta car boot sale menerusi platform X.

"…Memang ada bau busuk. Ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ya.

"Lepas tu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan kembung macam belon. Ada copy ic di depan kereta dia," katanya menerusi platform X.

Image via @ciraplaici (X)

Pihak polis mohon orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan satu mayat dalam sebuah kereta yang disyaki akibat bunuh diri susulan penemuan arang berasap di dalam kereta terbabit.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.04 tengah hari pada Ahad berhubung kematian seorang lelaki.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

"Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih dari lima hari,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat seorang lelaki yang sudah mengembung dan berbau busuk ditemui dalam sebuah kereta oleh orang ramai di tapak 'car boot sale'.

Image via Sinar Harian

Sehubungan itu kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062.

Lihat video penuh yang dimuat naik di platform X itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: