seismik

[GIVEAWAY] Menangi 2 Tiket Konsert Shila Amzah Dan Tajaan Melancong Ke Hong Kong!

Siapa nak pergi Hong Kong angkat tangan.

Cover image via www.budiey.com

Pada 30 Oktober 2015, Shila Amzah yang kini sedang mengembangkan karier nyanyiannya di rantau China akan mengadakan konsert solo Shila Amzah Colorful Live di Hong Kong

Shila Amzah melakar populariti di China setelah muncul juara di pertandingan nyanyian “Asian Wave 2012” serta muncul naib juara dalam peraduan Musim Ke-2 “I Am A Singer”. Beliau telah mengeluarkan album sulung dalam bahasa Cina berjodol “再见不再见” (See You or Never) awal tahun ini.

Shila Amzah cukup terkenal di negara China, dan kini sedang mengorak langkah untuk menempa kemasyhuran di arena muzik Hong Kong menerusi kosert beliau yang bakal dilangsungkan di bandaraya percutian tersebut.

Harga tiket bermula dari Hong Kong Dolar (HKD):

1. $380 (RM207)
2. $580 (RM316)
3. $780 (RM425)

Manakala tiket VIP pula berharga $980 (RM534).

Untuk konsert kali ini, anda berpeluang memenangi 2 KEPING TIKET untuk menyaksikan Shila Amzah secara live beserta tajaan melancong ke Hong Kong. Ya, segalanya PERCUMA!

Bandaraya Hong Kong yang sungguh popular dengan bangunan pencakar langit.

Image via www.mrwallpaper.com

Caranya cukup mudah. Anda hanya memerlukan sebuah telefon pintar Android atau iOS dengan aplikasi foto nice.

nice, aplikasi kongsi foto terbesar di China, menjalin kerjasama dengan Shila Amzah, penyanyi popular Malaysia yang telah berjaya mencipta nama di negara tembok besar itu.

Kerjasama itu turut mempelawa warga Malaysia sertai peraduan kongsi foto yang menawarkan hadiah tajaan melancong untuk menonton konsert penyanyi-pencipta lagu DCFE Colorful.Live 茜拉 真‧炫色演唱會 (#ShilaColorfulLive) pada 30 Oktober 2015 di Hong Kong.

Sejak mula diperkenalkan pada Oktober 2013, ‘nice’ telah berkembang menjadi sebuah komuniti seramai 30 juta pengguna. Lebih 150,000 warga Malaysia telah pun berdaftar dengan app ini selepas versi antarabangsa diperboleh pada iOS dan Google Play bulan Mei lalu.

Bagi yang ingin menyertai peraduan, anda hanya perlu muat turun aplikasi ‘nice’, muat naik foto, guna set sticker Shila, dan tag “Colorful Live”.

Pilih gambar kesukaan anda yang ingin anda kongsikan, edit dan sertakan sekali 'stickers' Shila Amzah ke dalam foto anda untuk dimuat naik. Kemudian tag 'Colorful Live'.

Image via SAYS

Diilhamkan daripada tema konsert Shila - “Colorful Live”, ‘nice’ menyedia set-set sticker notasi muzik putih dan berwarna berserta imej Shila, sekaligus memberi peluang kepada para peminat Shila Amzah melahirkan sokongan dengan cara yang unik kepada penyanyi pujaan ramai ini. Sejumlah 12,000 foto berserta sticker tersebut telah pun dikongsi menerusi platform ini sejak dilancarkan Ahad lalu (11 Oktober 2015).

“Kerjasama dengan Shila membuktikan ‘nice’ mampu membuat pengguna berkongsi dan menghargai perkara yang mereka kasihi dengan warga sejagat. ‘nice’ juga membantu Shila berhubung dengan para peminat dari Malaysia dan China, dengan cara yang sangat unik dan berkesan,” jelas Peggy Yuan, Pengurusan Pengembangan Global ‘nice’.

Peraduan kongsi gambar ini bakal berakhir pada 24 Oktober 2015. Jadi cepat sebelum terlambat!

Para pemenang akan diumumkan menerusi nice_Malaysia (akaun rasmi ‘nice’ di Malaysia).

Bak kata Shila Amzah, "I am so excited for the concert. Are you?" ;)

Sekali lagi, untuk memenangi peluang seumur hidup menyaksikan Shila Amzah secara live di Hong Kong, anda hanya perlu:

1. Muat turun aplikasi 'nice' untuk Android dan iOS
2. Muat naik foto dengan set sticker Shila Amzah
3. Tag "Colorful Live"

Semoga berjaya!

Anda dah undi siapa artis tanpa kening yang paling cantik? Kalau belum, KLIK SINI:

You may be interested in: