Menara Merdeka 118 Secara Rasmi Kini Tukar Nama Kepada Menara Merdeka Maybank

Ia susulan perpindahan ibu pejabat Maybank ke bangunan tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via WBA & Reddit

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menara Merdeka 118 kini dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank

Menerusi laporan Bernama, ia mencerminkan kehadiran syarikat bank itu ke bangunan mercu tanda berkenaan yang kini menjadi ibu pejabatnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

"Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

"Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026," jelasnya.

SAYS.com
Image via NST

Cawangan di menara lama akan terus beroperasi

Maybank juga ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS